Akhirnye terlangsai juga hutang aku pada blogger sorang ni… Blogger yang memenangi tempat kedua dalam Contest Chilabaey’s Spot tempohari… Blogger Cikbedahlaser…. Pertemuan di buat pada Ahad malam, pukul 9.15 malam di Damansara Perdana… 
Kesian diaorang sebab kena datang ke Damansara dari Serdang semata2 untuk menuntut hadiah yang dimenangi… Maklumlah aku ni sibuk memanjang dan sukar untuk berada setempat… Dah macam orang nomad dah rasanye sekarang ni… Kejap di Damansara, kejap2 di Shah Alam dan kejap2 tu ada di Banting….

Blogger Cikbedahlaser ni kalau ikut nama sebenarnye adalah Rafidah, macamana dapat nickname blog dia tak tahulah…. Jauh sangat kalau ikutkan namanye… Dan dia datang dengan suaminye Shariff… Yang bestnye mereka ni, sebab minat dalam photography… So banyak juga tips2 dan hal2 kamera yang diborakkan… Dari satu bab ke satu bab… Dan last sekali, baru nak serah hadiah…. 

Malam tu kami cuma dapat minum2 jer kat restoran tersebut… Maklumlah dah lewat sangat, sebuah restoran yang agak menarik dari segi menu2 yang ditawarkan… Restoran tersebut adalah Restoran Fatmawati di Damansara Perdana… Mengajikan masakan asal dari Indonesia Crusine… Semua bahan yang digunakan adalah dari Indonesia, bahan2 trsebut akan dibawa 2 minggu sekali…. Menu yang agak banyak, dari yang kita kenal sampailah yang entah apa namanye… Akan aku datang sekali lagi ke sini dan mencubanye… Wife aku selalulah ke sini tengahari sebab berdepan dengan office dia…
So, untuk kali pertama dapatlah aku berjumpa seorang lagi blogger setakat ini…. Terima kasih sekali lagi kepada Blogger Cikbedahlaser dan suami kerana menyertai contest yang dianjurkan dan sanggup meletihkan diri ke Damansara untuk perjumpaan ini…. Tinggal seorang jer lagi yang hadiahnye aku masih pegang…. Pemenang saguhati juri…..