“Ke hadapan kekasih lama ku yang telah lama berada di sisi ku… Tujuan tinta ini dikirimkan adalah untuk memberitahu, hubungan kita sudah hampir ke penghujungnya… Kanda rasa baiklah hubungan ini kita putuskan untuk selamanya sebab kanda sudah ada pengganti adinda… Maafkan kanda wahai adinda ku Aiwa…”
Amacam…??? Ok tak perenggan di atas dengan tajuk entry ini… Padahal takde kena mengena… Oklah Chilabaey sudah merapu dah ni… Maaf yer…!!!
Kan pagi tu aku ke Maxis untuk dapatkan iPhone 4 untuk wife aku… Dan petangnye pulak giliran aku untuk dapatkan apa yang aku hajatkan… Bukannye hajat tapi terpaksa dapatkan sebab ada masalah… Kalau ikut2kan tak masuk dalam budget untuk tahun ni… Habis nak buat macamana, kalau keadaan memaksa… 

Bermula dari Maxis Centre TTDI pagi tu, dalam pukul 3.00 petang sebelum aku ambil wife aku kat office, aku singgah kejap dengan adik aku Anor ke Ikano Power Centre untuk dapatkan sesuatu untuk diri aku…

Sampai jer kat Ikano terus jumpa mamat ni… Semalam aku dah jumpa dah dan bincangkan sesuatu dengan beliau… Penerangan yang sangat berguna dan banyak kelebihan yang aku dapat darinye… Wakil dari Philips Malaysia…

Sebenarye aku dah beberapa hari survey TV baru untuk menggantikan TV lama di rumah… Bukan sebab nak ganti sajer2 tapi sebab TV aku tu macam dah nak ada masalah jer sekarang ni… Kadang2 tu kalau dah lama sangat buka, ia macam ada bunyi letup2 beberapa kali…. Kenapa tu aku tak pasti… Dan colournye pun dah macam tak sama dengan biasa… Aku ni kalau bab perubahan sesuatu benda ni memang peka… Dan rasa di dalam hati pun semacam jer… 
Dan aku rasa dah sampai masanye aku kena spend untuk TV pulak… Semalamnye aku dah merayau kat area Damansara ni untuk survey TV yang ada dipasaran… Dah tak banyak yang jual jenis tiub, semuanye kebanyakkannye menjual jenis LCD TV dan terbaru LED TV…. Bab2 TV ni aku jarang ambil tahu pun sebab TV di rumah elok lagi…. Tapi bila dah rasa macam TV aku tu dah nak sampai masanye… Barulah terhegeh2 nak survey….

Kebetulan di Ikano Power Centre ada Sale, pameran dan jualan barangan elektrik, terutamanye TV… So, cantik sangatlah… Aku survey untuk semua jenama yang ada… Dan dari banyak brand, Philips mempunyai features yang terbaik kalau di compared dengan Sony, Sharp, Hitachi dan Panasonic untuk LCD TV 32″… Harga hampir sama, beza dalam RM50 jer tapi kalau diambilkira kelebihan function dan feature nye, berpihak kepada Philips…. Kalau LED TV lagilah mahal, taknak aku keluarkan budget lebih2 untuk TV….
Kelebihan features nye adalah Full HD1080, ada USB port, screen double layer (kalau budak2 conteng takkan sampai ke screen satu lagi) dan waranty 2 tahun… Tapi aku extend 3 tahun lagi waranty menjadi 5 tahun… Tapi kena tambah lagi RM129.00… Philips akan cover sebarang kerosakan hardware, LCD screen dan beberapa lagi… Sekiranye ada kerosakan, Philips juga akan menggantikan terus kepada satu yang baru…. Model yang aku beli ni berharga RM1199.00 + RM129.00 = RM1328.00 seunit dengan waranty 5 tahun… 
Lama betul aku tak beli TV baru sebenarnye… TV lama aku sahaja dah hampir 11 tahun…. Lama kan… Oklah itu sahaja yang aku nak khabarkan untuk panduan korang yang tengah mencari TV sekarang ni… kalau ikutkan aku hari tu dah nak sambar dah Samsung LCD TV 40″ di Seng Heng… Diaorang offer untuk sale hujung minggu RM1999.00 sahaja… Dah gatal tapak tangan dah time tu…. Nasib baik wife aku tahan, dia kata jangan membazir… Lepas tu TV tu terlalu besar untuk ruang tamu aku….