Apa kaitannye kek besday anak buah aku ni dengan Nurse dari Hospital Banting ni…??? Mungkin korang boleh teka atau no idea… Hehehehe…. Kejap lagi aku rungkaikan di perenggan seterusnye… Dah macam cikgu sekolah….!!!

Cantikkan kek harijadi Melly tahun ni… Tebal dan besar giler…. Sebenarnye kek ni adalah sumbangan nurge tu pada Melly tahun ni…. Kek ini dibuat sendiri oleh nurse tersebut…. Memang dia buat business kek… Dari kek makan biasa hinggalah kek untuk hantara perkahwinan… Krim tersebut adalah dari susu low fat yang dalam kotak… Bukan seperti yang kita makan tu, manis giler… Tapi yang ini sangat2 sedap dah tak manis….. Siapa pulak nurse dari Hospital Banting ni….???

Muka berlagak dapat kek harijadi…

Sebenarnye nurse tersebut adalah salah seorang jiran di dalam area rumah aku ni…. Dan beliau jugalah yang metungkus lumus menjaga dan membuat ‘Dressing’ abah aku setiap hari…. Bila balik kerja sahaja beliau akan singgah rumah buat ‘dressing’ tersebut…. Beliau lakukan dengan suka rela sebagai sumbangan jasa pada abah aku…. Kerja2 dressing beliau sangat2 teliti takdelah macam sesetengah nurse, kasar jer sentuhannye…. 
Doktor akan bertanyakan tentang keadaan abah aku pada beliau, so report akan disampaikan… Sama juga dengan ubat-ubatan semuanye akan dimonitor olehnye…. Kadang2 tu kesian juga pada beliau, sebab Sabtu dan Ahad juga kena datang rumah aku untuk buat ‘Dressing’… Kalau beliau ada hal, pasti dia akan mencari pengganti…

Kebetulan anak buah aku sorang ni duduk dengan aku ketika tu, so nurse ni pun janji akan buatkan kek khas untuk Melly… Siap jer malam tu, terus dia hantar kat rumah… Masuk peti ais semalam dan esoknye baru potong… Kiranye sambut in advance di Banting dengan aku, mak aku dan nurse tersebut… Aku panggil nurse ni, Acik Ray… Melly pun panggil Acik Ray sama…

Macam tulah rezeki Melly tahun ni… Murah sangat…. Dan aku nak ucapkan ribuan terima kasih juga pada nurse tersebut kerana bersusah payah menjaga dan moniter perkembangan abah aku sekarang ni… Dan dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa orang staff Hospital Banting dan Pusat Kesihatan yang banyak berjasa sekarang ni sekiranye abah aku mengalami complication… Sangat2 aku hargai…