Petang semalam dalam pukul 2.30 petang… Aku ada kat rumah setelah menyelesaikan beberapa urusan di Damansara ni…. Balik jer rumah duduk kejap rehat dan sejukkan badan… Lepas tu sementara nak tunggu sejuk aku bangunlah ke bilik kerja aku nak onkan iMac…. Biasalah nak check blog… Tengah2 nak taip password iMac terasa macam air kat hidung… Ingatkan hingusan ker sebab aku bersin sebelum tu… Tapi bau lain….

Nahhhhh…. Rupanye darah dari hidung…. Tak berhenti pada mulanye… Lepas2 aku ambil kain kecik, buka peti ais, ambil ais dan bungkus… Sementara tu tisu dah basah dah dengan darah…. Terus lekapkan ais tadi ke hidung sambil duduk tersandar mengadap ke atas….  Sesekali tu aku tundukkan kepala utnuk check samada darah dah berhenti ke belum… Alhamdulillah dah berhenti…. 
Masuk bilik air, basuh hidung kejap dari sisa darah yang melekat… Bila tengok tisu semula, mulalah aku naik pening… Aku ni kalau tengok darah banyak2, tak berapa nak stabil badan sebenarnye…. Mulalah rasa macam nak pitam… Tapi aku buat tak tahu jerlah… Sebab darah tu dah kering atas tisu… Kemudian aku lekapkan balik ais tadi bagi betul2 sejuk hidung aku….
Lama dah aku tak kena macam ni… Puluh tahun jugalah….Agaknye terlalu panas hari ni… Dan aku pulak ke sana ke mari ada jer urusan yang nak disettlekan untuk esok… Nasib baik tak keluar darah masa tengah drive… Sure habis baju aku… Lagi nampak ngeri kot…. 
Esok sekali lagi aku ada kerja di luar, jangan jadi lagi sudah…. Kena stanby tisu dalam poket ni…