Ini mengenai anak buah aku Melly beberapa minggu lepas… Time harijadinye tempohari… Tahun aku pakat dengan mak dan adik aku Anor untuk belikan hadiah basikal untuknye… Sebab dia suka sibuk kata nak basikal tahun ni… Kalau balik Banting, mesti dia terkulat2 tengok budak2 sebaya dia naik basikal keliling kawasan rumah mak aku….
2 hari sebelum harijadinye, aku pun kongsilah beli basikal tersebut… Siap bawa dia lagi… Sampai kedai, terus masuk dan dia pilih warna… Suruh tokey kedai tu setkan roda 3 dan adjust apa yang patut, bayar dan terus bawa balik….

Masa sampai di rumah, semangat betul dia membelek basikal barunye… Usik sana, usik sini… Naik tak juga… Nantilah dia kata… Aku dah agak dah mesti dia takut ni… 

Last2 aku pakat dengan adik aku untuk dukung dan letakkan dia atas basikal tu…. Terjerit2 dia takut… Suruh letak kaki kat paddle pun dia kelang kabut… Terjerit2… Hehehehehe… Seronok menyakat budak2… Boleh dia diam kaku jer atas basikal… Kayuh tidak apa tidak… Penakut betul anak buah aku ni….

Aku apa lagi, lagilah menyakat dia dari belakang… Melalak2 nak turun, aku buat tak tahu jer… Hehehehe…. Siap tumpang kat belakang lagi…. Adui…. Mak aku kata rugi jer belikan basikal… Penakut ya amat…. Takpe besar sikit nanti pandailah tu… Badan je besar sebenarnye anak buah aku ni tapi hatinye kecik….