Lama dah tak kena kepit dek aweks…. Sekali sekala apa salahnye kan…. Bukannye selalu…. Heehehehe… Kali ni merasa juga… 
Dah jangan fikir yang bukan2 yer…. Sebenarnye dah lama tak potong rambut kat sini… Yang lepas pun potong kat kedai gunting India… Kebetulan kali ni aku berada di Ikano Power Centre, pergi makan dengan wife, adik aku dan anak buah aku Melly, dan kebetulan juga salun tu kosong takde orang, tu yang laju jer masuk…

Yang bestnye di sini, perkhidmatan gunting rambut ni cepat… Seorang customer hanya mengambil masa 15 minit sahaja… Bayaran melalui mesin macam beli topup dulu kemudian baru serahkan pada jurugunting… Harga RM12.00 sahaja… Sekarang pun kalau area Damansara ni pun dah RM12.00 di kedai India…

Nampak tak mesin di belakang Melly tu, itulah dia mesin yang aku maksudkan tadi… Sebenarnye salun ni centralize dengan HQ diaorang… Dan setiap tempat duduk mempunyai sensor untuk rekod berapa lama jurugunting bertugas dan berapa customer yang gunting rambut disini… Relate tak dengan jumlah customer bayar dengan mesin tersebut…. Canggihkan…
Ini kali ke 3 aku potong di sini… Itu pun kalau tak ramai customer, tapi selalunye penuh sajer….