Tahniah diucapkan kepada pemenang baru Raja Lawak Musim Ke-5 kali ini iaitu Man Raja Lawak…. Memang puas hati kali ini dengan kemenangan beliau…. Barulah berbaloi…. Lawak yang bersahaja serta pengusunan ayat dan idea dari beliau memang menunjukkan beliau layak menjuarainye… Walaupun aku tak vote sesiapa pun kali ni… Hahahahaha…. 

Kononnye musim kali ni malas nak layan sebab musim yang lalu pesertanye tak berapa nak lawak dan juaranye juga membosankan… Lawak entah apa2 tapi boleh pulak menang iaitu dari Kumpulan Kecik… Sampai sekarang pun tak berapa nak lawak… Kalau buat lawak pun menyampah jer aku tengok, lawak yang dibuat2…

Tapi musim kali ni boleh terlayan pulak sejak minggu pertama lagi sebab nampak kesungguhan diaorang sejak awal… Masuk minggu seterusnye dah ada yang nampak meningkat dan ada juga yang mula nampak kurang berminat untuk berlawak… Mula2 tu aku jangka Nazmi boleh pergi, tapi bila dikaji cara beliau berlawak, pun masih ada kekurangannye… Mungkin sebab beliau seorang berbanding Kumpulan Balas… Suka lupa dengan idea lawak juga mungkin jadi penyebab orang kurang nak vote….

Tapi ramai2 peserta, kumpulan Kami juga yang aku menyampah betul tengok… Tak lawak langsung…. Takde idea, tapi macamana boleh jadi peserta akhir pun aku tak faham…. Strategi pemasaran agaknye…. Yang kiri tu paling aku tak minat lawaknye… Macam orang semput bercakap, tak jelas… Lawak apa pun aku kurang faham… Nasib baik dah keluar awal… Ada yang dapat peluang untuk meneruskan, bila terkeluar boleh pulak suka pun ada…. Macam2 betul perangai manusia ni…

Takpelah, musim ke-5 dah berakhir… Tengah tunggu satu lagi rancangan dari Astro iaitu Maharaja Lawak…. Yang ini pasti akan menggamatkan industri lawak di Malaysia…. Yang paling aku suka dan kagum adalah iklan rancangan tersebut di Astro… Memang ada kelas… Standard iklan mewah dari Astro… Korang layanlah kat bawah ni yer….
Dahsyatkan iklan diaorangkan… Ada lagi sebenarnye iklan lain, korang cari sendirilah yer… Adios…