Gempar apabila pesawat Air Asia terhempas di Mutiara Damansara…. Menembusi bangunan yang sedang dibina… Hampir keseluruhan badan pesawat tersebut hancur dan cuma tinggal kepala pesawat sahaja… Itu pun hampir jatuh… Semua anak kapal selamat kecuali cleaner sahaja sebab tak sempat pakai seat belt…. Berita selanjutnye di bawah ini :
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Kisah petang semalam semasa aku pergi ke IKEA untuk mendapatkan karipap IKEA yang besar tu… Terdengar bunyi bising di langit, bila ku pandang ke sebuah bangunan yang berhadapan IKEA ternampak sebuah pesawat Air Asia terhempas dan tersangkut di sebuah bangunan yang dalam pembinaan…

Sebenarnye dah hampir 2 minggu tersangkut di situ, tak ramai yang perasan…. Hehehehe… Macam aku yang selalu ke sini dah lama dah nampak cuma takde kesempatan nak ambil gambar sahaja… Kali ni sebab jalan tengah sesak so, dapatlah mengabadikan satu pemandangan yang jarang kita lihat….

Sebenarnye ini adalah bangunan Air Asia, samada untuk pejabatnye atau untuk dibuat hotel… Itu aku tak pasti atau juga dimiliki oleh pemilik lain…. Sangat2 menarik dari segi idea pembinaan dan rekabentuknye… Satu daya tarikan di area Damansara ni kali ini…

Kepala kapal terbang ini sebenarnye aku dah nampak di Highway Utara Selatan 3 minggu lalu… Mula2 tu inagtkan ada kemalangan yang melibatkan pesawat penerbangan…. Rupanye cuma bangkai kapal terbang sahaja yang hendak dideliver…. Menaiki lori treler panjang tetapi pergerakannye terbatas dan sangat perlahan…. Setiap kali berjumpa flyover, pasti akan berhenti dan bergerak perlahan sebab ketinggiannye cuma dalam satu meter jer untuk mencecah setiap flyover di sepeanjang highway tersebut….
Rupa2nye nak hantar ke bangunan ini… Macamana diaorang bawa naik ke atas memang dahsyat… Bangunan dah nak hampir siap, kepala kapal terbang baru nak di masukkan… Kagum aku… Dan kawasan tersebut pulak limited area… Memerlukan kepakaran dan kemahiran untuk dibawa naik…
Tak sabar aku nak tengok bangunan ni siap sepenuhnye… Korang cari yer kapal terbang ni yer nanti kalau datang kat Damansara ni…