Salam 1 Malaysia semua…. Hari terasa macam nak kutuk oranglah pulak…. Ishhh tak baik…. Tak baik…. Takde apa pun cuma luahan rasa aku sepanjang aku berblogging ni… Macam2 kerenah blogger aku tengok… Yang bagus, memang bagus sangat…. Macam aku blog ni cuma luahan rasa dan aku ingin kongsikan pengalaman yang aku ada untuk dijadikan panduan dan rujukan untuk korang…. Tiada niat apa pun sejak awal pembabitan aku di dalam dunia blog ni…. Siapa yang nak follow aku, korang follow… Siapa yang tak suka, aku tak marah sebab blog picisan luahan rasa jer… Bukan blog nak cari duit….
Yang menjadi persoalan aku sebenarnye, 


‘ Mengapa Perlu Menempel/Menepek atau Terlalu Fanatik Dan Taksub Dengan Blogger2 Otai Ni….? ‘
Maksud aku menempel pada blogger otai Ben Ashaari…. Aku mula2 tu ingat dia ni Jimmy Shenly pengacara Trek Selebriti di Astro…. Aku memang respect dengan dia… Satu hari paling kurang 4 entry mesti dia buat…. Pandai dia menggunakan masanye… Tapi aku jarang sangat memasuki blog dia… Sebabnye tak sanggup melihat komen2 pada setiap entry dia setiap hari… Terlampau fanatik dan taksub sangat walhal entrynye kadang2 tu biasa2 sahaja…. Tapi tak bermaksud aku mengutuk entry dia yer…. Entry2 yang dibuat olehnye mempunyai messege yang tersendiri yang boleh dijadikan panduan sebenarnye…
Tetapi yang menjengkelkan aku adalah pengikut2 fanatik beliau, mereka berlumba2 memuji setiap apa yang dipaparkan…. Sikit2 cerita pasal Ben Ashaari, sikit2 cerita pasal Ben Ashaari…. Tapi dalam entry Ben takde pulak beliau cerita tentang sikit2 blog korang… Sikit2 blog korang…. Cuba cerita sikit, cer citer.. cer citer…. Kadang2 tu kesian aku tengok mereka2 ni, sedaya upaya nak juga menempil kat blogger otai kite ni…. Aku pun merupakan follower nye, tapi takdelah sampai macam tu sekali…. Mungkinkah sebab aku lelaki…????? Tapi aku taklah juga fanatik dengan blogger2 perempuan yang dah seglamour Ben Ashaari….
Adakah itu caranye untuk mencari publisiti murahan untuk blog masing2 tanpa usaha yang gigih…. Cubalah bertapak dalam dunia blog ni dengan usaha korang sendiri…. Dah rasa macam kebanyakkan budak2 muda sekarang rasanye, cari lelaki kaya untuk mencari kesenangan…. Senang hidup, jadi madu pun takpe janji duit masuk… Tapi bukan semua perempuan yer…
Semalam aku ada tengok satu rancangan di 1Tube.my kalau aku tak silaplah… Segmen di mana Ben Ashaari bersembang2 dengan blogger2 femes dan glamour… Minggu lepas aku tengok segmen sembang2 bersama Cik Mat Gebu dirumahnye…. Bagus juga, baru tahu siapa Cik Mat Gebu tu, memang gebu orangnye…. Tapi terlampau sempoi sangat segmen… Dan Ben Ashaari selaku pengacaranye…. Mungkin itu kali pertama rakaman dibuat…

http://www.1tube.my/nvlab/player/player.swf?config=http://www.1tube.my/nvlab/econfig.php?key=07bb7c4d30e6fc69fe05

Dahlah muka Cik Mat Gebu tak nampak sebab itu adalah rahsia identitinye…. So, apa yang kita tengok sepanjang segmen tu cuma muka Ben Ashaari… Tengah2 tengok wife aku datang, terus tanya kat aku,
Wife aku    :  Siapa mamat yang jadi pengacara ni…???
Chilabaey  :  Inilah blogger otai… Ben Ashaari…. Femes giler blogger ni…. Duit dari blog dia, 4 bulan 
                     takyah kerja….
Wife aku    :  Poyo jer langsung tak senyum, bertanya macam polis pencen jer….
                     Kalah Mazidul dalam 999…. (aku ingat wife aku nak puji, macho ker, badan ketaq2 ker..)
Chilabaey   : Jangan kutuk, dia ni femes ni…. Macam Redmummy….
Wife aku    :  Redmummy senyum memanjang, takdelah poyos sangat….. (pulak dah…)
Chilabaey  :  First time mengacara kot….. Bagi peluang… Hehehehe….
Lepas tu wife aku terus keluar…. Terfikir sejenak, kenapa wife aku boleh berkata begitu… Adakah memang ada kebenarannye…. Wallahualam….
Lepas tu 2 hari lepas aku tengok pulak segmen sembang2 Ben Ashaari dengan seorang lagi blogger femes ni iaitu Blogger Beautifulnara…. Alamak janganlah wife aku masuk bilik iMac aku tengok segmen kali ni…. Tapi kali ni aku pulak yang terkutuk dalam hati…. Blogger Beautifulnara memang sempoi, walaupun depan kamera tetap maintain sempoinye…. Siap gosok2 hidung lagi… Agak pemalu, walaupun blogger Melayu nombor 1 sekarang ni…. Walaupun pembacanye sekarang purata 80,000-100,000 pembaca sehari….  Blog aku 50 pembaca pun belum tentu…. Korang boleh layan segmen tu di bawah ni….

http://www.1tube.my/nvlab/player/player.swf?config=http://www.1tube.my/nvlab/econfig.php?key=8824e5ab0472e022e577

Dalam segmen kali ni, banyak diperbincangkan tentang tip2 menjadi blogger tegar yang boleh menggegarkan blog anda lepas ni… Yang boleh menjadi panduan untuk blogger2 baru macam aku… Aku suka… Dalam segmen tu beberapa topik diperbincangkan…. Salah satunye adalah tentang keterampilan seseorang blogger tu setelah menjadi blogger femes…
Pada pendapat aku, tak perlulah ditukar keterampilan masing2… Jadilah diri sendiri… Tak perlulah nak suruh ubah setelah femes… Yang penting kena kemas… Bukan pakai baju tak bergosok, berlubang celah ketiak datang majlis tapi yang penting simple and smart…. Blogger Beautifulnara memang sempoi, dengan mengenakan t-shirt dan cap sudah memadai…. Betul yang dikatakan olehnye dalam segmen tersebut… Yang glamour adalah blognye tapi bukan tuannye…. Betul, aku sangat setuju, yang penting penulisan dan entry yang bermaklumat…. Blogger bukannye seperti selebriti atau artis…. Kalau nak berubah pun perlulah secara perlahan2, kita ikut seperti mana blog meereka juga… Menatih sedikit demi sedikit sebelum mencapai kepuasan sekarang….
Uish panjang lagi sebenarnye yang nak aku perkatakan dalam entry kali ni…. Cuma aku takut melalut terlebih sangat… Nanti marah pulak follower2 fanatiknye kat aku… Dapat surat ugut pulak nanti…. Tak terlawan aku dengan Ben Ashaari yang ketaq2 di badan, aku cuma ketul2 jer….

Tapi satu jer NASIHAT aku untuk Ben Ashaari, segmen tersebut sangat2 bagus untuk dijadikan segmen panduan dan hiburan…. Tapi tolonglah jangan goyang2kan kaki semasa rakaman segmen tersebut…. Tak sopan siut, naik pening pulak mata melihatnye, nasib baik cameraman pandai alih2 angle…. Sangat2 terganggu, tak tahulah pulak kat orang lain…. Seronok ker melihatnye… Kita boleh buat secara profesional dan dengan cara itu barulah keterampilan kita ini dinilai dan dijadikan contoh…. Mungkin Ben Ashaari gugup kot semasa menjadi pengacara…. Takpe boleh diperbetulkan…

Kalau Ben tak baca entry aku ni, korang2 yang fanatik bolehlah sampaikan messege berguna aku ni untuk kebaikan beliau juga… Nak kasi segmen tersebut menjadi lebih baik dan menarik…. Yang pentingnye melambangkan kita sebagai BLOGGER YANG BERHEMAH…. Bukan setakat duduk depan komputer, buat entry yang entah apa2…. Kemudian publish, tunggu komen orang dan trafik harian….

Tapi dari banyak2 blogger yang femes dan glamour sekarang ni, aku masih pilih blogger di bawah ni :

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
Blogger Eqbalzack ‘Ku Rasakan Something’

Walaubagaimana tinggi pendidikannye serta famousnye dia sekarang, tetap dengan cara tersendiri meluahkan sesuatu di dalam entrynye… Merendah diri dan sangat2 ramah…. Sangat2 aku kagumi…. Tapi tak fanatik sangat yer Tuan… Boleh bikin menantu ni…. Hehehehehe

*Pesanan aku untuk dia : ” Tuan, bila kita nak mengopi ni….?????