Salam 1 Malaysia semua…. Semalam agak PANAS juga entry yang aku buat…. Hehehehe…. Agak kelakar juga sebenarnye, tak pernah aku buat entry macam tu sebelum ni…. Sajer mencuba dan bermain dengan psikologi serta pemikiran manusia di alam maya ini…. Memang tak di sangkal, teknologi maklumat atau alam cyber ini lebih pantas dari berita di media massa dan media cetak… Cepat betul menular dan disampaikan dengan pantas….
Terima kasih kepada semua sebab meluangkan masa membaca blog yang entah apa2 aku ni semalam…. Ada yang berikan pendapat dan komen pelbagai… Peringkat umur mana aku tak pasti… Tapi yang pasti kebanyakannye di kalangan blogger2 baru…. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan…. Traffik aku pun naik mendadak…. Jangan ingat aku giler trafik yer, aku bukan macam tu… Semuanye adalah tips dari blogger2 otai aku selama ini…. Agak berjaya dengan apa yang dikatakan sebelum2 ini… Yang bestnye semalam, komen2 tersebut rasanye datang dari Ustaz pun ada, Ustazah, wakil rakyat, pelajar sekolah, cleaner hotel dan pelbagai2 lagi…. 
Tujuan sebenar aku buat entry semalam bukannye nak cari musuh atau cari controversy pun… Itu sebenarnye untuk kajian dan pemahaman aku di alam blog tentang sesuatu yang dikatakan fanatik dan taksub di kalangan blogger2 sekarang ni… Dan beberapa fakta untuk aku mengiyerkannye selama ini… Kalau nak dikatakan aku nak cari musuh atau memburuk2kan sesuatu yang tak pasti, dah lama aku jadikan blog aku ni medan pertempuran di kalangan blogger2… Boleh aku tukar nama blog aku jadi ‘Chilabaey Si Batu Api’….. Hahahaha…. (gelak setan sikit)… Ahhhh takde kerja aku nak buat benda2 macam tu…. Bagi yang pernah jumpa aku sebelum ni pasti tahu macamana watak aku ni…
Tapi aku respect pada Ben Ashaari dan juga diri aku sendiri sebab TAK MELATAH…!!! Yang melatahnye adalah yang berikan aku komen2 panas tu…. (Engko tak melatahkan Ben….???? Buat Deq jer…)… Aku percaya engko takkan MELATAH… Sebab Ben merupakan blogger otai yang banyak pengalaman dalam bidang blogger ni…. Macam2 telah dia tempuhi sepanjang berblog ni…. Aku dengar dari mereka2 yang rapat dengannye… Respect sama lu Ben….
Samalah macam aku, aku takkan MELATAH (contoh: “Oppocot…!!! terdetik dan terguris hati ku dengan komen yang aku terima….)… Sebab aku pun banyak juga pengalaman berdepan dengan orang ramai, dari yang baik alam (boleh buat menantu…), ahli politik, orang mental hinggalah yang dah letak parang kat belakang aku (cina samseng potong babi & india fanatik kat kuil)…. Dari pengalaman tulah aku kaji tentang psikologi dan pemikiran manusia…. Insyaallah aku tangani dengan cara psikologi dan secara rasional…. Inikan di dalam alam maya karin ni… 

Tapi terima kasih juga pada Ben Ashaari sebab terjah blog aku setelah entry aku diwar2kan… Tak tahulah engko dapat tahu dari mana, itu tak penting… Terkejut juga aku… Lepas ni takyahlah baca blog aku, aku ni timun jer…. Tak mendatang hasil apa2 pun untuk blog engko… Tapi blog engko aku tetap aku baca kalau ada entry yang menarik perhatian aku yer… Minta izin yer Ben….
Aku tak harapkan trafik pun semalam dari korang sebab sebelum2 ni pun blog aku ni macam tu jer, blog picisan dari luahan hati aku ni jer…. Takde apa yang aku nak kejarkan pun…. Blog ni untuk aku luahkan perasaan aku, berkongsi pengalaman dan untuk memperbaiki diri untuk aku dan family… Yang penting aku dapat nasihat dan kata2 semangat dari korang… Lepas ni kalau korang taknak follow aku atau baca blog aku ni pun takpe…. Aku tak kisah…. Sebab aku tak mengejar apa2 setakat ini… Entry pun kadang2 ada dan kadang tu takde langsung…. Serius ni…!!!!
Akhir kata dari aku Ben, engko bangunkan dunia blog di blog engko agar ianye dapat meningkatkan lagi martabat blogger dan aku bangunkan negara Malaysia ni di dalam pelan yer…. Nanti suatu hari kita boleh sembang2 (yang ni takyah panggil 1Tube.my) sambil mengopi dengan Eqbalzack sama…. Hehehehe…. Insyaallah…. 
Salam Ukkuwah dari aku : 

CHILABAEY’S SPOT