Salam 1 Malaysia dan selamat pagi Rabu… Aku suka hari Rabu, sebab kalau aku ada di Damansara, petang aku akan ke Pasar malam Kg.Sg.Penchala beli ikan sungai untuk mak aku… Kalau sayur2 kampung jangan cakaplah, semuanye ada…. Maaflah melalut kejap dari tajuk sebenarnye…. 
Mungkin korang akan kata aku ni giler barangan Apple, nak buat macamana kalau dah terjebak… Sebab2 aku pilih Apple ni sebab tahap kualiti dan ianye lain dari yang lain… Tidak ada tolok bandingnye… Brand lain susahlah nak masuk dalam jiwa aku… Sebab aku dah try, masih susah untuk digoda…

Kali ni iPhone 4 menjadi satu lagi penambahan dalam kehidupan aku…. Hari tu aku belikan untuk wife aku sebagai Hadiah Birthday In Advance bulan April ni… Dan kali ni untuk aku pulaklah, mana boleh jadi… Tapi still setia dengan iPhone 3GS aku… 

Gilerkan, sekarang dah sampai 3 unit dah aku ada…. Tapi aku masih belum berapa giler, sebab 1 lagi tu adik ipar EE yang punya… Dia yang beli dulu sebelum kitaorang dapatkan… Dia beli awal2 kenalah ikat kontrak dengan Maxis… Macam aku, kesabaran membuahkan hasil…  Aku beli iPhone 4 ni tanpa kontrak dari Maxis… Bengang jer  mamat promoter tu kat aku… Dia sedaya upaya kata Maxis tak jual tanpa kontrak… Kenalah bijak dalam membeli sesuatu barangan… Kena buat kajian sikit dan yang penting kasi belit sikit dengan dia sebelum dia nak belit kita… 

Unit iPhone 4 yang pertama aku dapatkan di Maxis Centre di Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)… Beratur punyalah ramai… Tapi kali ni aku dapatkan di Maxis di Cinelasure, Mutiara Damansara… Senang pulak kali ni, tak sampai 15 minit dah panggil dan stok ada… Itulah nasibkan… Cuma masih kena belit sikit pada promoter Maxis tu… Hehehehe… So, 1 lagi unit iPhone 4 tanpa kontrak aku dapat….

Sekarang ni kat atas Workstation 1 aku di Damansara dah macam tower dah kotak2 iPhone… Dari 1st generation hinggalah yang terbaru iPhone 4… Mungkin aku akan jual 1 daripadanye tak lama lagi… Masih dalam cadangan sajer, sebab sayang oooo gadget macam ni…. Aku bukannye dari family yang kaya, senang2 jer nak dapat… 
Aku kena usaha sendiri mengumpul duit, kemudian baru beli… Tak suka hutang2 dengan benda2 gadget macam ni… Hati pun senang… Kalau hutang beli rumah ker, kereta ker takpe bagi aku…. Karang kalau beli cash mahu SPR kejar pulak nanti… Tak pasal2 aku berblog di dalam penjara nanti…