Salam 1 Malaysia dan selamat petang…. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kempen ’60 Minutes Earth Hour’ akan tiba… Aku macam biasa seperti tahun2 yang lepas, tetap akan join di rumah…. Korang macamana… Support tak kempen ni…?? Kalau tahun lepas, korang tak dapat join, so tahun ni sumbangkanlah masa korang di rumah selama 60 minit sahaja dengan menutup lampu dan segala barangan elektrik yang dah biasa kita nyalakan di rumah… Bagi semua blogger, PC dan laptop pun kita shutdown kejap, lepas 60 minit korang on lah balik dan buat entry tentangnye…
Lagi best kalau korang berada di shopping complex, apa kata korang cari suiz lampu kat mana2 yang korang nampak, lepas tu off kan… Memang aku respect pada orang tu… Kalau tak kena tahan dek securitylah… Hehehehe… Lawak2 juga, tapi apa yang aku nak sampaikan adalah, walaupun nampak senang tapi ramai juga yang tak support dan tak ambil tahu tentang perkara sebegini… Masa 60 minit ini bila dicampur2 dengan keseluruhan penduduk di dunia ini, bumi kita secara tak langsung dapat disejukkan semula dan pemanasan global yang berlaku sekarang dapatlah kita kurangkan…. Itulah salah satunye tujuan kempen ini dijalankan…

Untuk diri aku sendiri seperti tahun2 lepas, aku akan lebihkan lagi masa bergelap selama setengah jam… Tak terasa sangat pun…. Tapi dalam menyokong kempen ini, jangan pulak mengambil kesempatan untuk melakukan perkara2 yang tak senonoh… Maklumlah dah semuanye gelap, maka hati pun mulalah gelap… So sebagai sahabat dan rakan blogger aku sekarang ni, kita sampai2kanlah dan join kempen ini yer… Aku tak dapat nak bagi apa2 ganjaran untuk kemen ini, tapi bumi kita sendiri akan menyayangi kita selama kita ada di dunia ini… Insyaallah
…SELAMAT BERGELAP UNTUK BUMI KITA…