Wah hari ni merupakan hari di mana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan… Pasti deraian airmata kegembiraan dan kedukaan akan mengalir pada pelajar yang akan ambilnye hari ni…. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah diucapkan… manakala yang gagal atau terkandas kali inijangan sekali-kali putus asa… Ambil sekali lagi dan tanamkan semangat untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dari sebelum ini…
Tapi yang aku nak cerita sekarang ni adalah, di mana keputusan SPM dah boleh disemak melalui SMS… Satu pembaharuan dan peningkatan sistem semakan oleh pihak kerajaan… Bagus sebenarnye sebab ibubapa boleh moniter keputusan anak2 mereka…. Takdelah ibubapa kena temberang dek anak…. Lagi2 kepada ibubapa yang sibuk sangat bekerja tanpa mengendahkan pendidikan anak2 sekarang ni… 
Apa yang dikatakan oleh anak2 mereka, diterima bulat2 tanpa menyelidik terlebih dahulu… Dengan adanye sistem SMS ini bagi aku ianye satu tindakan yang sangat bijak… Tetapi sistem tersebut perlulah diselenggara dengan sebaik mungkin agar tiada kesilapan teknikal dalam semakan tersebut…. Dan keputusan yang diambil di sekolah2 seperti biasa perlulah juga diwajibkan untuk membandingkan kedua2 keputusan tersebut…. 
Oklah bagi mereka yang berjaya, aku ucapkan TAHNIAH… Ini merupakan platform untuk melangkah ke alam pendidikan yang lebih advance lagi dan ianye sebagai batu loncatan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnye…