Peluang terakhir anda untuk tahun ini…. Jom kita join ramai2… Tak susah, cuma tekan dan padamkan apa yang berkaitan dengan elektrik terutamanye lampu… Mari kita bergelap malam ini…

Tinggal beberapa jam lagi untuk kita menjayakan kempen ‘Earth Hour 2011’… Pemanasan global sekarang sekidit sebanyak telah merubah persekitaran kita… Dulu cuaca boleh diramal, tetapi sekarang amat sukar untuk kita nyatakan… Dengan kepesatan ekonomi dunia, secara tak langsung kita lupa akan bumi kita ini yang telah banyak berjasa kepada kita selama ini…

Apa kata malam ini bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam, kita ramai2 tutup lampu dan segala barangan elektrik yang ada di dalam rumah kita selama sejam…. Bagilah barang2 ni rehat pulak… Kita pun kalau lama2 berjaga pun lama2 layu juga….
Tapi dalam kita berkempen selama sejam ini, pastikan juga keselamatan diri dan juga harta benda di jaga… Pastikan rumah dikunci dengan betul…. Sediakan lampu suluh berhampiran…. Peka juga dengan keadaan keliling, takut2 ada pulak yang mengambil kesempatan dalam gelap2 ni… 
So aku harapkan untuk kempen tahun ini, sedikit sebanyak kita telah pun menyumbang jasa dan keprihatinan kita pada bumi kita ini…. 
SELAMAT BERGELAP KITA MALAM NI YER…..