Selamat pagi semua… Sedap betul hari ni yer, pagi2 buta dah hujan… Makin tarik kain selimutlah jawabnye… Hehehehe… Malam ni aku dapat lena 2 jam jer dari pukul 4.00 sampai 5.30 pagi… Lepas tu terlena kejap setengah jam sebelum pukul 7.00 pagi… Takleh tidur pulak malam tadi… 
Malam tadi pun aku ada kerja sikit nak settlekan, tulah sebab tak dapat nak tidur awal tu… Settle kerja dah dekat pukul 4.00 pagi…. Sekarang ni yang buat aku risau tentang panggilan dari mak aku malam tadi dari kampung… Mak aku kata kemungkinan abah aku akan dimasukkan ke wad semula sekiranye perlu… Itu bergantung pada keputusan doktor atau Medical Assistant dari Hospital Banting pagi ni… Asyik demam jer sejak beberapa hari ni…. Dan ada tanda2 lain… Maklumlah abah aku ni dah takde hempedu, so klinik badan kita dah tutup… Terpaksa bergantung pada ubat2an sahaja…
Yang tak bestnye bukan apa, kereta aku pulak breakdown 2 hari lepas… Siap panggil tow track lagi… Masih ada di bengkel buat top overhoul, boleh pulak air masuk dalam minyak hitam… Macam2…. Kalau abah aku kena masuk wad jawabnye aku balik naik motorlah ke Banting untuk uruskan mak dan documentation abah aku… Ambulan akan datang ambil abah aku di rumah, itu aku tak risau… Tapi aku harapkan keputusan yang baik2 sahaja hari ni… Tapi kalau sekiranye itu yang perlu untuk kepentingan kesihatan abah aku, berkampunglah semula aku di Hospital Banting kali ni… Doakan untuk abah aku yer… Insyaallah….😦