Selamat mala semua blogger kesayangan aku… Aku rasa kalau hujung minggu ni aku nak buat entry pasal hiburanlah… Tentang artis ker, tentang seni ker atau tentang apa2 ajerlah…. Sebenarnye yang aku nak ceritakan malam ni adalah tentang dunia hiburan yang akan berakhir tahun ini iaitu AKADEMI FANTASIA KE-9 yang akan mengakhiri musim kegemilangannya tahun ini… Maknanye lepas ni takyahlah nak berangan-angan nak ujibakat lepas ni sebab musim kali ini adalah musim terakhir untuk rancangan ini…
Ada baik dan buruknye rancangan ini… Kualiti pelajar yang dipilih semakin musim semakin menurun secara keseluruhannye… Hanya beberapa sahaja yang akan naik…. Yang lain2 entah ke mana perginye…   Dan harapan aku untuk musim kali ni, kesemua pelajar memberikan komitmen yang menyerlah…
Berikut adalah pelajar2 Akademi Fantasia Musim ke-9 untuk tahun terakhir ni…. Aku tak kenal pun, ini pun aku google tadi…. Hehehehehe… Nak sokong saper pun aku tak tahu lagi, kita saksikan lah malam ni yer….

Yang bestnye tahun ni, akademi diaorang dalam rumah gelas yang dibina di dalam Aeon AU2 Setiawangsa…. Ambik engko, kalau budak tu mengada2 sangat kita bawa sepanduk tunjuk kat akademi diaorang dari luar… So, takleh nak kontrol2 sangat lepas ni… Bahaya2…. 
Apa2 pun selamat menyaksikan Akademi Fantasia Musim Ke-9 malam ni pukul 9.00 malam… Sebelum tu kita tengok dulu Rancangan Khas untuk Aznil semasa mengendalikan Akademi Fantasia sebelum2 ni… Oklah itu sahaja untuk malam ni…

Update Entry : 

Agak menarik perhatian juga pelajar2 baru musim terakhir ni… Yang pelajar lelaki rata2 mempunyai kekuatan vokal mereka masing2….. Manakala pelajar perempuan pulak macam biasa kalau ada yang bagus, bagus sangat2 dan dalam masa yang sama ada juga vocalnye biasa2 jer…  Biasa yang kita dengari…

Masih belum ada pelajar favorite lagi, masih baru, mereka belum tunjuk taring atau belum tunjuk perangai masing2… Kalau gedik2 poyo, confirm aku reject… Hehehehe….🙂