Selepas semua urusan pengkebumian dan beberapa perkara di hari perginye arwah abah aku Rabu (6 April 2011) tu, esoknye aku ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menguruskan dokumen yang amat penting iaitu menghantar semula Kad Pengenalan untuk ditukar kepada Sijil Kematian… Hari tu aku pergi sorang2 jer sebab JPN dekat jer dengan rumah mak aku…

Terasa sedih bila urusan ini dilakukan…. Itulah kali terakhir aku melihat IC abah aku…. Sebab selalunye aku yang memegang IC tersebut sejak beliau sakit… Dan petang tu terpaksa diserahkan kepada yang lebih berhak memilikinye iaitu Jabatan Pendaftaran Negara… 
Tak ramai orang time, so urusan tersebut cepat… Dalam 15 minit sahaja dah selesai… IC dah dipulang dan yang kita dapat adalah Sijil Kematian seperti surat beranak yang baru…. Macam ni rupanye bila seseorang itu meninggal….  Selesai satu perkara petang tu…. Banyak lagi sebenarnye yang perlu aku lakukan lepas ni… 
___ AL-FATIHAH____