Sedih bila mengenang semula semasa hayat arwah abah aku, wife aku merupakan menantu perempuan tunggal dalam keluarga aku…. Dan abah aku sangat2 sayang dengan menantunye sorang ni…. Dan pemergian arwah abah aku juga memberi kesan mendalam buat wife aku sebenarnye…. Wife aku juga sama2 membantu menguruskan abah aku…. Semasa membersihkan abah aku, mengemas bilik, tukar pampers dan banyak lagi perkara yang kalau2 diikutkan sukar untuk seseorang menantu melakukannye… Lagi2 untuk seorang bapa mertua…. 
Tapi pujian sangat2 aku dahulukan kepada wife aku sebab tak pernah nak berkira, tak pernah nak merungut, tetapi memberikan pertolongan lebih dari itu…. Sangat2 memahami tentang situasi dan keadaan aku dan juga keluarga mertuanye…. Terima kasih banyak2 aku ucapkan sebab menganggap arwah abah aku seperti bapanye sendiri…. Terima kasih sekali lagi….
_____AL-FATIHAH_____