Sambutan Harijadi untuk bulan ini agak sederhana saje… Ahli pertama untuk bulan ini adalah adik aku Anor iaitu pada 11 April 2011…. Selalunye kitaorang sambut pada 29 April, dikumpulkan sekali pada tarikh harijadi abah aku… Tapi tahun ini agak dan akan berbeza, disebabkan pemergian abah aku ke Rahmatullah tempohari… 

Dalam kami sekeluarga bersedih, diselitkan juga suntikan semangat untuk adik aku dan juga ahli keluarga yang lain supaya jangan terlalu down dengan pemergian abah aku… So malam Isnin tu kami belikan dia sebiji kek untuk kami makan bersama2…. Tapi dalam semangat menyambut harijadinye terselit juga rasa sayu bila mengenangkan kembali pemergian abah aku…

Sebelum tiup lilin adik aku Anor menangis teringatkan abah aku, tahun ni sambut takde abah katanye… Terus kami sekeluarga terdiam seketika…. Sebak sebenarnye, bagi aku semuanye kenalah ditempuhi dengan tenang… Yang penting kita kenang dan akan terus berada di hati…. Adik aku ni walaupun caranye kasar macam lelaki tapi hatinye tetap perempuan…. Dia juga banyak membantu mak aku menguruskan abah aku sekiranye aku berada di Damansara… Sebab tulah pemergian abah aku memberi kesan yang mendalam bagi dia… Bagi aku, tanggungjawab menjaga dan menguruskan segala kebajikan pada arwah abah aku telah selesai, itu yang penting…. 

Setelah semuanye reda semula, barulah kami mulakan semula… Time tu anak2 buah Melly dan Raja Kecik pun ada, agak kecoh jugalah dapur mak aku ketika itu…. Lagi2 kalau Si Melly ada… Insyaallah sambutan harijadi untuk yang lain2 (Anor, Azu, wife aku, Izzat) akan aku buat pada 30 April 2011 (Sabtu)… Sehari selepas harijadi arwah abah aku iaitu pada 29 April…. Tapi sambutan dengan bacaan Yaasin beramai2 selepas solat Maghrib… Umpama sambut untuk arwah abah sekali… Insyaallah…
____AL-FATIHAH____