Lama dah aku tak buat entry tentang makanan yang terdapat di area Damansara ni…. So untuk JJCK aku kali ini, aku nak perkenalkan satu restauran makanan barat iaitu VIVO American Pizza & Panini… Terletak di The Curve, Mutiara Damansara… Banyak lagi outlet2 lain di sekitar Lembah Klang… Dah aku duduk di area Damansara ni, so aku cerita outlet yang dekat dengan aku jer lah…
Bagi mereka yang sukakan makanan Barat, kat sini antara pilihan yang aku boleh katakan menepati citarasa tersebut… Selain pizza, terdapat juga menu2 makanan laut / seafood yang menarik di sini… Petang semalam aku, anak buah aku Melly dan wife aku ke The Curve untuk beli barang sikit… Dah alang2 kat sana teruslah kitaorang makan malam jer terus…. Selain itu, sajer nak celebrate sikit sebab aku dapat berita yang menggembirakan tengahari tadi… Apa dia, nanti aku critakan lain kali…

Ini adalah menu aku petang semalam iaitu Oriental Baked Rice… Air aku ambil Sprite jer… Menu ni adalah nasi yang dibakar dengan cheese dan sos seafood… Sedap sangat….

Yang ini pulak menu wife aku, biasalah dia ambil yang ringan2 jer iaitu Pizza Italian Duluxe 7″ dengan Mushroom soup… Airnye Fruity Fitness… Takde gambarlah pulak… Lupa nak ambil… 

Yang ini pulak adalah menu untuk Melly… Punyalah banyak…. Hehehehe…. Sebenarnye boleh makan untuk 2 orang… Melly yang pilih sendiri, aku pun memang nak order untuk dia menu ni… Menu ni namanye Ocean Discovery…. Sangat2 sedap dan menarik sebab semua ada dalam menu ni… Ada kentang gorng, ada Scallop, ada Calamari, ada onion ring, coselow dan ada isi ikan Dori… Memang kenyang giler kalau sorang jer yang makan…

Di samping itu terdapat beberapa sos yang disediakan iaitu Tartar sos, cili dan tomato sos… Yang paling aku suka dia punya Scallop…. 

Sementara nak tunggu menu aku sampai, aku paw dulu mushroom soup wife aku… Sajer jer nak rasa, tapi 3-4 sudu juga… Hehehehe….

Melly pulak boleh buat muka ayu masa aku tangkap gambar dia…. Laparlah tu…. Hehehehe….

Bila dah sampai menu dia, nombor satu yang dia makan adalah kentang goreng… Sama jer perangainye dengan adik aku Anor… Sikit2 kentang, sikit2 kentang…. Muka pun dah macam kentang dah sekali tengok…

Dah pandai dah makan sendiri budak ni…. Sekejap jer dah besar dah… Terasa baru jer budak ni lahir dulu… Tup2 dah 4 tahun dah tahun ni…. Masa sangat2 cepat sekarang ni… 

Dekat pukul 7.30 malam juga aku kat sini… Lepas tu terus gerak balik ke rumah sebab nak kejarkan Maghrib dan baca Yaasin untuk arwah abah aku… Hati aku masih lagi sayu bila mengenangkan arwah abah aku, tapi aku cuba untuk kurangkannye supaya segala urusan dapat berjalan seperti biasa… Bila aku rindu dan terkenangkan abah aku, aku akan bacakan Yaasin selepas sembahyang…. Terutamanye selepas Maghrib… Kalau terlepas pun, 2.00 – 3.00 pagi pun aku akan bangun baca… Lepas tu baru boleh tidur….
Berbalik tentang tempat makan ini, ini adalah beberapa info harga yang korang boleh jadikan panduan :
Oriental Baked Rice   –  RM10.90
Pizza Italian Duluxe   –  RM11.90
Ocean Discovery       –  RM17.50
Air Fruity Fitness       –  RM 7.80
Air Sprite                   –  RM 2.80
So bagi mereka yang belum mencuba, bolehlah datang ke mana2 outlet berdekatan dan terdapat banyak menu2 yang menarik untuk dicuba….