Dalam sibuk2 aku menguruskan banyak perkara sejak abah aku meninggal tempohari… Teringin pulak nak pekena A&W Rootbeer Float… Lama juga aku tak terjah A&W ni… Dulu rajinlah, sejak berumur ni agak kurang dah nak pekena benda2 manis macam ni… Sekali sekala tu bolehlah… Kali ni aku makan dan minum di A&W kat Ikano Powr Centre… Mana lagi tempat yang nak aku pergi, kat sini lagilah… 

JJCK aku kali ni, aku bersama dengan anak buah aku lagi Melly dan wife aku… Malas dah nak pergi cari tempat makan, so cari tempat yang dekat jer dengan parking kereta…. Tapi kiranye agak cepat jugalah aku berada di Ikano ni… Selalunye 2-3 jam juga kalau Melly aku jaga… Kali ni dalam 1 setengah jam jer… Sampai Melly sendiri cakap kat aku, “Itu ajer Pakngah”… Selalunye aku akan bawa dia jalan2 kejap dari tingkat bawah sampai ke tingkat atas sekali… Penutupnye masuk ke Safari Petlands…

Memang hari tu kejap jer aku di sana sebab nak cepat, malam tu kitaorang balik ke Banting dah… Nak tengok mak aku kejap dan juga belikan keperluan mak aku sekali…. Sambil2 tu bawa cucu sekali….