Hari tu ke Ikano Power Centre, kebetulan aku sebelah gerai popia besar yang aku pergi tu adalah gerai yang menjual Pancake Durian yang sibuk budak2 sekarang ni nak makan… Wife aku pun sibuklah juga nak mencuba benda alah ni…. Padahal dah lama dah aku tengok benda ni, tapi setelah mendapatkan penerangan tentang hal2 yang berkaitan, barulah aku berani nak membelinye… Korang faham2 jerlah yer… Bukan semua benda kita boleh terus nak mencekik, kena tahu serba sedikit dulu baru boleh nak try…
So, layanlah selera wife aku…. Kami belilah sebekas pancake tersebut dengan harga RM10.00 sebanyak 6 ketul… Ini semuanye kerana pengaruh internetlah ni… Banyak lagi perisa lain, nangka lah, cempedaklah, manggalah dan lain2…

Boleh pulak malam tu ada model sambilan kat rumah aku dengan pancake tu…

Lepas beli tu round2 dengan Melly kejap… Masa bawa jalan2 tu, punyalah kuat bau pancake durian tu… Ceh… Buat segan jer bawak… Sama macam bawa buah durian sebenar… Cepat2 jalan dan sambar apa yang patut time tu… Nak balik rumah cepat…

Inilah hasilnye, beli juga aku akan benda alah ni… Wife aku dah excited nak cuba…. Aku takdelah heran sangat benda2 macam ni, lagi2 kalau ianye diwar2kan oleh orang lain… Sebab benda2 macam ni dah seakan2 bermusim…. Hangatnye sekejap jer… Merasalah kitaorang makan benda ni…
Bagi akulah, kalau bagi free lepas ni aku makan… Kalau nak sajer2 beli sendiri takyahlah… Indah khabar dari rupa… Takdelah sedap mana pun… Baik aku beli durian D24 ker, Musang King ker, 2-3 biji lagi puas…. Tarlampau simple dan tak berbaloi dengan harganye… Bukannye kedekut tapi aku ni mementingkan kualiti sebenar…. Aku tak rekomenlah kat korang menu kali ni….😦