Selamat Harijadi Abah…. Tahun ni masuklah umur beliau 72 tahun… Tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi beliau… Dalam bulan ini juga abah meninggalkan aku sekeluarga… Tak sempat untuk aku dan yang lain2 menyambutnye…. Tiada kek dan hadiah untuk tahun ini, cuma bacaan Al-Fatihah dan Surah Yaasin sahaja yang mampu aku serahkan untuk selama2nye…

Abah pergi untuk selama2nye pada 6 April 2011 jam 3.21 pagi di Banting, Selangor… Dalam keadaan yang sangat2 tenang… Tak menggambarkan langsung beliau akan pergi… Banyak perkara yang telah aku jadualkan, aku rancang untuk mengurus dan menjaganye tetapi semuanye terhenti setakat ini sahaja…. Tak puas rasanye setelah semua perancangan yang telah diatur tak terlaksana….

___AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABAH___
HAJI ZAINAL BIN HAJI OSMAN
29 April 1939 – 6 April 2011