Alhamdulillah…. Dalam sibuk2 aku mengharungi kehidupan sebagai seorang suami, sebagai seorang abang, sebagai seorang anak lelaki, seorang pengganti arwah abah dan sebagai seorang blogger picisan ni, rupa2nye dah masuk angka 600 followers aku untuk Blog Chilabaey’s Spot
Memanglah angka ni tak sehebat mana jika dibandingkan dengan penglibatan aku dalam dunia blog ini tetapi ianye suatu pencapaian dalam hidup aku sepanjang aku berblog ni… Blog picisan yang bercerita tentang kehidupan, perjalanan hidup, keperitan, kegembiraan, kedukaan, gadget2 terkini, tempat makan yang menarik, semuanye aku kongsikan bersama dengan korang semua…

Bukan senang untuk mendapat angka 600 tersebut sebab aku tak pernah promote dalam mana2 rangkaian sosial lain… Ianye bergerak sendiri dari masa ke semasa… Sebab blog bagi aku adalah suatu tempat untuk aku luahkan perasaan, tempat untuk aku mencabar diri, tempat untuk aku mendapatkan pendapat dan juga tempat untuk aku merehatkan minda setelah sibuk dengan kehidupan seharian… Blog yang aku bukanlah blog perniagaan seperti kebanyakkan blog2 yang ada sekarang sebab bukanlah tujuan utama blog ni wujud…

Dan kepada semua follower2 aku setakat ini, ribuan terima kasih aku ucapkan sebab meluangkan masa untuk membaca blog tak seberapa ini… Mana2 perkara yang boleh korang gunapakai, korang gunalah… Yang mana bersifat negetif tu, hindarkanlah yer… Oklah salam Jumaat untuk aku buat korang… Maaf minggu ni merupakan minggu paling sibuk untuk aku sebelum menjelang bulan Mei ni… Blog agak terabai sikit tapi dalam hati menggelodak untuk sediakan entry2 terkini… Insyaallah bila dah free sikit aku akan sediakannye sebaik mungkin…πŸ™‚