Aku sejak kecik lagi bila abah dan mak aku ajak ke majlis kenduri kahwin orang, memang liat… Sampai sekarang pun macam tu juga… Tapi sejak abah aku sakit dan tak dapat hadir ke majlis2 sebegini, tugasan tersebut terpaksalah aku yang lakukan…. 
Tak tahu kenapa..??? Kalau dilihat pada anak2 orang lain, berebut2 nak ke majlis kahwin sebegini… Mungkin boleh dapat makan lauk2 kenduri kot… Atau boleh dapat telor kenduri kot… Bagi aku semua benda2 ni aku tak hairan sangat…. Bagi aku makan kat rumah lagi sedap…. Dan mungkin aku ni jenis yang tak suka berada di dalam keadaan yang kelang kabut dan ramai umat manusia…. Sebab bila dilihat mereka2 ni bermacam2 ragam…. 

Tapi bila yang kahwin tu orang2 penting dan juga orang2 yang banyak berjasa dengan family aku, aku terpaksa akur…. Sebab mereka2 inilah juga tunjang dalam diri aku sepanjang aku membesar dan menjalani kehidupan aku selama ini… 
Kali ini satu majlis perkahwinan anak jiran aku dulu…. Majlis berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur… Mereka ni merupakan antara jiran2 pertama yang duduk di kawasan rumah aku… Aku membesar dengan mereka dan seperti adik beradik… Pengantin perempuannye tu adalah anak jiran aku… Nama pengantin perempuan tu adalah Nurfaizah Bt. Abdul Halil…. Aku panggil Iza atau nama timangannye Ijot (aku jer yang panggil dia macam tu)… Dulu masa kecik2, mak aku yang jaga mereka semasa mak dan bapanye pergi kerja… Sebab tulah kitaorang rapat dan dah macam adik beradik….

Orangnye kecik jer…. Kalau masuk pawagam mesti kena minta I/C…. Ingatkan budak2 sekolah…. Yang pengantin perempuan ni merupakan anak kedua dari 3 adik beradik….

Yang ni pulak adik pengantin perempuan… Amir namanye…. Amir ni tak sempat mak aku jaga sebab time dia lahir, mak dan bapanye dah berpindah ke Perak…. Tapi rapat juga sebab selalu datang rumah mak aku…. Abangnye seorang lagi tengah sibuk menyediakan makanan untuk Makan Beradap… Alaaaa, kalau korang baca entry2 aku terdahulu tentang piknik aku di Bagan Lalang, budak2 nilah antara ahli camping aku dulu… &

Turn aku untuk menepung tawar mempelai… Itu pun sebab bapanye suruh… Seperti biasa, aku ni jenis suka menyakat orang, maka ada sajerlah yang dikacau dek aku tengahari tu…. Seronok bila tengok budak2 yang dulunye aku kendong ke sana ke mari, sekarang ni dah pun berkahwin…. Terasa masa sangat cepat sekarang ni…..
Inilah kedua ibubapa pengantin perempuan dan juga merupakan jiran lama aku…. Dan aku sangat2 rapat dengan mereka…. Sebelah kiri tu aku panggil Acik Shida (bab masak memasak serah padanye…), sebelahnye pulak Acik Juli (adik bapa pengantin perempuan) dan yang segak berbaju melayu tu pulak adalah Pakcik Halil (bapa pengantin….)… Dulu mereka2 inilah yang banyak membantu dan menjaga aku semasa kecil… 
Apa2 pun buat Ijot,  SELAMAT PENGANTIN BARU…..