Dah lama aku tak ke Zoo Negara…. 2 tahun lepas rasanye sampai berbelas kali aku masuk… Masuk sorang2 jer pun jadi… Janji kamera ada di tangan…. Pencinta alam lah katakan… Terasa rindu pulak hati nak ke sana…. So 2 minggu lepas kebetulan aku kena ke area Hulu Kelang nak ambil dokumen kerja dan hari tu pun aku tengah free, kebetulan anak buah aku Melly ada dengan aku…. Dah banyak kali dia tanya aku bila nak pergi Zoo… Sebab dengan dia, janganlah berjanji apa2, pasti dia akan tuntut sampai bila2…. Memang dah ada perancangan malam tu nak bawa dia ke Zoo Negara kalau cuaca baik…

So pagi2 tu lepas hantar wife aku ke office, aku terus bergegas ke Hulu Kelang untuk berjumpa dengan clien… Settle dalam pukul 10.00 pagi…. Tanya pada Melly nak pergi Zoo tak…??? Jawapannye pastilah nak, kalau korang tanya aku pun, mesti jawapan yang sama…. Hehehehe….

Dalam pukul 10.15 pagi aku masuk ke dalam Zoo Negara… Dan seperti biasa aturan pergerakan aku dengan Melly mestilah jalan kaki dulu…. Seronok giler Melly, budak dah cerdik, semua haiwan dia tahu dan sebut…. Ini sebenarnye adalah salah satu cara pendekatan pendidikan kanak2 sebenarnye… Yang penting kita kena layan apa yang ditanya dan menerangkan sesuatu yang agak baru untuk mereka… Bukan jalan sahaja…. Time ni dah 3 suku perjalan di dalam Zoo Negara…. Dah sibuk nak minum air… Tapi sebelum tu dah berhenti rehat makan nasi lemak… Habis satu bungkus nasi lemak dia makan… Agaknye penat kot berjalan…

Selesai satu pusingan penuh aku dengan Melly berjalan, time untuk naik train elektrik Zoo Negara pulak… Charge yang dikenakan adalah sebanyak RM3.00 (dewasa) dan RM2.00 (kanak2)…. Berbaloilah dengan harga… Semua sumbangan tu nanti untuk penyelenggaraan Zoo Negara ini juga…. 
Tapi dalam train ni, Melly lagi excited dari berjalan…. Sebab tadi semua haiwan dia dah jumpa, so kali ini dia repeat balik dan terangkan semula haiwan2 yang dia nampak pada aku… Nampak tak kaedah pembelajaran telah berlaku…. Oklah dibawah ini ada sedikit video aku dengan Melly untuk tatapan korang….