Yang pasti, semua manuasia akan bertemu dengan penciptanye… Itulah hakikat hidup kita di dunia ini… Lebih sebulan arwah abah aku meninggalkan aku sekeluarga… Sepanjang itulah itulah juga aku dan family menziarahi arwah, samada pagi atau petang harinye… Kadang2 tu aku berdua sahaja ke tanah perkuburan… Dan kadang2 tu, aku seorang diri sahaja… Mak aku pun bkanlah sihat sangat sejak pemergian arwah abah aku, so kalau aku ada sahaja baru dia akan pergi… Selebihnye mak aku akan sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin dari rumah sahaja setiap kali sembahyang…

Kadang2 tu cucu sorang ni pun ikut sekali… Biasanye memang dia yang sibuk nak ikut jumpa atoknye… Belum apa2 lagi dia dah pakai tudung mamanye… Tapi kejap pakai, kejap bukalah…

Nampak tak, mana aku pergi dia mesti ikut punya… Tapi Alhamdulillah setakat ni, tak pernah pulak dia meragam bila balik dari tanah perkuburan ni… Kuat semangat juga anak buah aku seorang ni….
Biasanye aku akan pergi dengan mak aku, kalau pagi dalam pukul 8.30 pagi… Kalau petang dalam pukul 6.00 petang… Kalau nak kemaskan kawasan kubur arwah abah aku, aku datang awal sikit… Tapi kalau aku datang sorang, terasa dunia ni kecil jer…. Terasa sangat2 tenang, cuma kedengaran daun2 ditiup angin petang…. Apa2 pun, moga roh arwah abah aku tenang di sisi-Nya… Dan berehatlah secukup2 nye setelah 1 tahun lebih menanggung penyakit yang dihidapinye… Serta dimasukkan dikalangan hamba2-Nya yang beriman dan juga menjadi sebahagian ahli Syurga… Insyaallah….
____AL-FATIHAH____