Salam selamat malam semua… Terlewat pulak kali ni nak buat entry sebab beberapa hari ni aku agak sibuk dengan kerja… Seminggu sebelum aku menyibukkan diri dengan kerja2 office, so aku menyibukkan dulu dengan urusan2 pesaka arwah abah aku… 

Ada 3 harta yang tak sempat untuk diuruskan semasa hayat arwah abah aku dulu… Setelah pemergian arwah abah aku tempohari, maka semuanye terpaksalah aku uruskan mengikut prosedur yang betul… Bagi mereka yang telah berpengalaman dengan hal2 ini akan tahu akan kesukarannye…

Tapi Alhamdulillah, disebabkan aku ni berpengalaman dan di dalam jurusan hal2 tanah ni, maka banyak prosedur yang senang untuk aku lakukan… Dari segi carian rasminye, carian CTC nye, lawyernye dan beberapa laghi perkara….
Kalau berlaku seperti aku, maka Borang A adalah igauan untuk korang… Borang A ini adalah prosedur untuk tuntutan harta pusaka si arwah…. Segala macam dociment perlu disediakan dan perlantikan wakil  perlu dibuat dahulu… Dan setelah segalanye dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Daerah masing2, terpaksalah menunggu untuk dipanggil bicara… Bicara ini adalah suatu prosedur biasa di mana setiap waris perlu datang ke tempat perbicaraan nanti… Panggilan bicara ini agak lama juga untuk mendapat tarikhnye… macam aku pihak Unit Pesaka Kecil bagitahu dalam tempoh 4-5 bulan… Lama tu…. 
Nak buat macamana, dah prosedur kena ikut sajerlah…. Borang A aku dah settle dah minggu lepas sebab banyak benda yang perlu dikemukakan dan banyak sangat urusan lawyer perlu diarahkan…. Oklah nanti aku cerita tentang bicara pulak yer nanti… Sekarang ni tunggu jerlah pihak PTD call aku untuk beritahu tarikh bicaranye…  IOtu sahaja untuk malam ni… Entry lambat aku untuk hari ni…. Maaf yer korang….🙂