Inilah aktiviti aku di rumah… Padahal wife aku punya kerjalah ni… Nak bela ikanlah katanye… Aku pun minat juga sebenarnye dalam aktiviti membela ikan…. Setakat ni aku dah ada 6 aquarium ikan… Tapi yang masih dalam simpanan ada 3 jer… 2 di Banting (2kaki x 6kaki  & 1kaki x 2kaki) dan satu lagi di Damansara… Gambar yang atas tu…

Aku tak minat sikit bela ikan emas sebab susah nak jaga… Lagi2 kalau elektrik takde, mulalah buat muka lemas… Lepas tu sisa2 buangan besar2 tu…. Baru2 ni enjin filter aquarium aku pulak rosak, rosak sebab blackout, boleh pulak tak nak on balik…. Nasib baik tak terbakar, kebetulan aku ada kat rumah hari tu..

Air dah mula keroh, so terpaksalah aku beli yang baru…. Tapi kali ni aku beli yang agak mahal dan branded sikit…. Dan malam tu terpaksalah juga aku mencuci dan setup semula aquarium… Nasib baik kecik so takdelah rumit sangat…. Tapi kalau aku yang cuci dah sahlah lambat sebab satu persatu aku bersihkan…. Masukkan anti-klorin dulu, garam nutrisilah dan macam2 lagi…. Dah dekat 1 jam lepas tu baru masukkan ikan…. Dekat 2 jam lebih baru settle….
Esoknye wife aku ajak ke kedai ikan nak beli makanan ikan…. Tapi bukan makanan ajer yang dia beli, siap tambah ikan baru lagi… Aduiiii…. Makin sesaklah nafas ikan2 tu nanti kalau elektrik tak ada…. Hurrmmmmm………