Hujung2 minggu bolehlah melepak kat mana2kan…??? So minggu ni lepak jap kat Starbuck melayan adik, wife dan anak buah…. Melly kalau dengan aku pantang nampak Starbuck, mulalah kecoh nak Starbuck… Pakngah nak ‘Starbab’ katanye….

Nampak tak…??? Dah biasa dah dia kat sini, mula2 dia akan merayau cari straw dan tisu siap2…. Makngahnye dah ajar rutin kat sini…

Bila dah dapat punyalah kedekut… Taknak kongsi langsung… Tapi bila dah kenyang barulah nak offer kat orang lain…. Hehehehe…. Budak2….

Makngahnye sikit2 mesti pilih greentea… Oklah juga rasanye… Tak berapa manis kalau dibandingkan dengan perisa  Chocolate….

Macam nilah hujung minggu aku kalau keluar dengan Melly dan ahli keluarga aku yang lain… Jalannye pun tak jauh, dekar jer dengan rumah… Mana lagi kalau tak di Curve dan Ikano… Jauh sikit pergi One Utama… Tapi sekarang malas nak masuk One Utama sebab banyak kedai ditutup untuk major renovation…. Hampir keseluruhan OU lama…. Mungkin dijangka siap pada bulan Ogos ni….

Dah dapat apa yang diidamkan, senyum sampai ke telinga masing2…. Macam tulah aktiviti aku di hujung minggu… Ada ajer sebenarnye aktiviti2 lain kalau dah sampai kat sini… Mungkin korang pun dah biasa kat sinikan…?? So bagi mereka yang belum berkesempatan untuk datang ke Damansara ni, bolehlah merajin2kan diri ke sini yer… Banyak juga pilihan dan tempat2 menarik yang boleh korang kunjungi… Dan kalau2 ternampak atau terjumpa aku, jangan malu2 tegur… Aku ni peramah orangnye…. Hehehehe….