Entah apa pulak malam tadi rajin sengat nak masak sesuatu yang dah lama aku nak buat… Kebetulan malam tadi aku ke Speedmart di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) nak cari barang dapur sikit, so teruslah beli bahan2 yang nak aku masak….

Aku masak Pudding Sagu Mata Ikan… Aku bab sagu2 ni memang berhantu sikit… Dulu aku masak Kuih Sagu Mata Ikan juga…. Kali ni pudding pulak… 

Inilah hasil masakan aku malam tadi… Padahal dah dekat pukul 9.30 malam, baru terajin pulak nak buat… Betullah kata orang tua2 dulu, ‘Kalau Hendak Seribu Daya’….

Bahan utama dalam penyediaannye adalah Sagu Mata Ikan…. Yang halus tau, bukan yang kasar… Tak tahu pulak nama sagu yang besar tu…. Mata katak kot…. Hehehehe…. Yang ini dalam 300 gram jer…

Bahan kedua adalah Gula Merah untuk pemanisnye… Pakai sikit jer nanti… So pandai2 lah yer….

Selain gula merah, aku campurkan juga Gula Melaka supaya rasanye lebih sedap dan terasa lemak2 kelapanye…. Ini pun pakai sikit jer… Dua bahan ni kita cairkan dengan air yer… Buat air gulanye…

Kemudian kita ada santan untuk kuahnye… Kalau takde santan kita boleh gunakan Susu Cair atau Susu Sejat…. Macam aku kurang minum susu so aku pilih santan cair….. Ini terpulang pada tekak masing2…

Selalunye diaorang buat pudding sagu ni warna putih jer tanpa mewarnakannye… Tapi aku suka ianye berwarna hijau dan terasa pandannye… So aku tambahkan 2 bahan ni untuk Pudding Sagu Mata Ikan aku…. Ini pun terpulang kat korang… Nak warna hijau ker, merah ker, biru ker….

Dan untuk hiasan atau untuk merasakan sedikit kelainan, aku letakkan Buah Laici tin untuk kali ini… Ada orang letak buah Longan… Buah longan takde untuk kali ini, yang ada Laici so aku gunakan apa yang ada sajer….

Sebelum masak sagu tu, biasanye aku akan rendam dulu sagu selama 30 minit… Tapi basuhlah dulu sebelum merendamnye yer…. Sebab aku buat macam ni untuk mempercepatkan sagu tersebut kembang…. Itu cara akulah…

Bila dah nampak kembang dah sagu tersebut, bolehlah kita buka api dan start memasak dengan api yang perlahan…. Dalam masa yang sama kita masukkan 2 bahan pewarna dan perasa pandan tadi… Gaul sehingga sebati…

Sagu dah mula kembang sepenuhnye… Tapi kena sentiasa gaul supaya tidak berkerak… Tahap kerajinan yang amat sangat malam tadi ni…. Siap wife aku curi2 tangkap gambar lagi….

Bila dah mula kembang, boleh lah kita masak santan sebagai kuahnye…. Jangan terlampau pekat, boleh mendatangkan kolestrol pulak nanti… So campurlah dengan air dan sedikit garam…. Gaul supaya tidak terbit tahi minyak…

Ada juga yang buat, mereka gaul santan @ susu dengan gula merah terus…. Itu terpulang pada masing2… Kalau nak senang dan sekali kerja jer, korang campur jer terus semua bahan2 tersebut… Macam aku, aku suka ianye berasingan…. 

Bila dah siap, korang tangkap gambar dulu…. Hehehehe…. takdelah… Bila dah siap, sejukkan sagu dahulu sebelum dihidang atau dimasukkan dalam mangkuk… Macam aku, aku lebih suka dihidang dalam keadaan sejuk peti ais…. Nak makan panas pun ok juga… 

So, inilah hasilnye masakan aku di malam hari… Walaupun last minit punya masakan, agak berjaya jugalah untuk dijadikan Supper di tengah malam… Oklah, itu jer yang nak aku ceritakan aktiviti aku di hujung minggu…. Minggu depan tak tahu lagi nak masak apa…. Apa2 nanti aku entrykan untuk korang yer…. Selamat bertugas semua….