Dah lama aku tak buat entry pasal steamboat… Sebenarnye terlampau banyak kali aku makan kat sini… Dan yang akhir2 ni masa adik aku Anor start praktikal 2 bulan kat MK Lands… Satu blok dengan wife aku…. Petang lepas ambil wife aku dan Anor aku terus ke Ikano… Alaaaa tempat biasalah, Ketam Village Steamboat di Ikano Power Centre….

Selalunye aku akan order Lamb Slide Set tapi kali ni aku order Wantan Set dengan kuah tomyam… Time ni tengah menuang bawang goreng ke dalam bekas….

Adik aku order Beef Slide Tomyam…. Minum air Lemon Juice…

Wife aku pulak order Wantan dengan Clear Soup…. Lepas tu dengan tambahan sayur, telur burung puyuh dan vegeball…. Tak lama lepas tu, akak aku pulak sampai untuk join sekali sebab kebetulan dia bekerja di department di IKEA…. Dekat pukul 8.00 malam juga aku kat sini…. Lepas tu terus balik….