Minggu ni tak tahu nak ke mana… Ingat ak service kereta, tapi boleh pulak bengkel tutup pulak sebab nak minta repair sikit bunyi2 kat kereta… Rimas dah ni… Jawabnye minggu depanlah jadualnye…

Mungkin kejap lagi nak ke Celcom untuk cari Internet Broadband untuk adik aku Anor… Dulu pakai Maxis, tapi memandangkan coverage Maxis agak terhad di area rumah sewa adik aku di Shah Alam, tu yang tutup terus tahun lepas… Yang cantik coveragenye cuma Celcom… Digi pun tak berapa sangat… Mungkin pergi Celcom TTDI kot….

Nak makan apa pulak minggu ni…??? Ingat nak belanja wife dan adik aku makan kat Fish & Co kat One Utama kot… Tapi malas pulak nak ke One Utama sekarang…. Kalau tak pergi, kena tukar selera pulak… Ingat nak makan Creamy Butter Prawn, Kangkung Belacan dan Tomyamlah kat Groupbase di Sri Damansara…. Hari tu dah makan Kueh Tiaw Beef Ginger…. Tukar selera pulak minggu ni…