Aktiviti akhir untuk hari ni, nak pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman a.k.a Jalan TAR…. Lama betul aku tak ke sana sebenarnye… Ini pun idea anak buah aku Intan, dia nak cari tudung apa entah… Layan jerlah… Ni tengah tunggu dia jemput akulah ni… Pergi berempat… Ahli2nye wife aku, adik aku, Intan dan aku…. 
Silap2 lepas Maghrib baru sampai… Hehehehe… Biasalah perempuan, macam2 yang nak ditouch-upnye sebelum keluar rumah…. Oklah aku nak siap kejap sementara dia belum sampai…. Nanti aku cerita dalam entry yer… Bye…
 ___UPDATE Entry___

Baru sampai rumah tadi dari Jalan Tunku Abdul Rahman… Agak sibuk juga area Jalan TAR tadi… Mungkin sebab ramai mak bapa shopping cuti sekolah… Ramai juga yang membeli baju sekolah dan kasut untuk anak2…. Kalau datang minggu depan lagilah sibuk….

Anak buah aku Intan dan makngahnye tengah shopping tudung…. Yang anak buah aku pulak beli untuk business online dia… Cari stok last minit atas permintaan customer…. Dia dah biasa kedai mana nak dapatkan stok yang murah…. Wife aku tumpang sekakilah jawabnye….

Sementara menunggu orang2 perempuan bershopping, aku tunggu dalam kereta di tepi jalan sebab takde parking langsung kat area situ… Sempat juga aku rakamkan suasana Jalan TAR di sebelah malam… Orang ramai berpusu2 ke sini untuk bershopping…. Yang mat2 rempit jangan cakaplah, bertaburan tunjuk skill masing…

Lepas tu aku ajak diaorang makan kat Kampung Baru…. Pekena makanan panas2 dan juga satay di sebuah restoran yang terletak di sana… Cuma tak tangkap gambar jer… Sebabnye perut dah lapar dan terlalu ramai orang…  Oklah malam ni nak tidur awal sebab esok nak kerja, pagi2 lagi dah nak kena keluar rumah dalam 6.30 pagi…  Jumpa dalam next entry yer….