Berakhir sudah Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 dan ianye juga merupakan musim terakhir… Lepas ni takyah nak berangan2 nak masuk AF lagi yer… Dah terlambat…. Malam tadi termaktublah barisan pemenang untuk musim terakhir ini… Seperti yang dijangkakan, Juara AF9 adalah Hazama… Aku sokong dengan keputusan itu dan memang mengharapkan juga dia menang…. Budak yang tak mengerti erti putus asa sejak 5 tahun lalu… Akhirnye tercapai segala cita2nye…. Boleh dijadikan ikon dan idola dalam mencapai sesuatu…
Berikut adalah keputusan yang telah aku jangka malam tadi :
Juara          :  Hazama (RM200,000.00)
Naib Juara  :  Lena (RM50,000.00)
Ketiga        :   Fina (RM20,000.00)
Keempat    :   Azri(RM5,000.00)
Dan masing2 membawa balik barangan sampingan… Tahniah buat mereka berempat…. Lepas ni tiada lagi diari, tiada lagi konsert pada hujung minggu dan tiada lagi AF untuk selama2nye… 9 tahun AF bersama kita dan malam tadi adalah malam terakhir rancangan ini bersiaran untuk sekian kalinye…. Sedih pulak rasanye berakhirnye rancangan ini…. Apa2 pun moga mereka2 yang berjaya di peringkat akhir ini dapat memberikan yang terbaik di persada seni negara…. Insyaallah….Kita doa2kanlah mereka yer…