Kisah minggu lepas…. Sajer jer menjengok anak buah aku Melly dengan Raja Kecik…. Kebetulan pulak wife aku ke Curve buat treatment rambut…. Dah sure lambat siap ni…. So pakat dengan adik aku Anor pergi tengok anak2 buah kitaorang 2 orang ni….

Sampai2 dah tengahari….. So adik aku Azu ajaklah kitaorang makan kat rumah dia terus… Time tu jugak dia masak untuk kitaorang…. Tak lama tu, sampai pulak anak buah aku sorang lagi Si Intan…. Dan dalam tengah2 masak, akak dan abang ipar aku pulak sampai…. Ambil engko… Penuh rumah…

Bila dah masak, makan time lah… Tu yang dalam gambar tangan berselirat tu… Hehehehe… Adik aku sorang ni memang rajin masak… Cepat jer dia masak untuk kitaorang… Macam mak aku jugak…. Menu kitaorang tengahari tu adalah Kacang Goreng, Ayam Goreng Masak Berlada, Telur Dadar dan tersesat pulak nasi goreng cina…. Hehehehe…..

Dalam sibuk2 makan tu, anak buah aku sorang ni lain pulak kerjanya… Entah apa benda yang ditampalnye kat dinding rumah…. Buat mural pulak dia…. Ada ajer kerjanye, padahal barang mainan punyalah banyak…. Berlambak2…. Dah macam budak jantan……