Hari tu lepak kat rumah adik aku Azu di Damansara Damai…. Lepak layan Konsert Akhir AF9… Mula2 tu setakat nak hantar Melly balik jer… Sekali adik aku Azu ajak lepaklah pulak…. Siap belanja makan malam lagi…. Nak tak nak,  lepaklah juga….

Bila diperhatikan, rupa2nye dah makin besar dah nak buah aku ni… Dan makin nakal dah rupanye…. Budak yang dulunye tak cukup bulan tu, sekarang makin sihat dan makin membesar seperti budak2 lain…. Gigi pun dah nak tumbuh sebatang kat bahagian bawah…. Hehehehe….

Raja Kecik @ Harris ni memang manja dengan wife aku…. Kalau bab2 tidur ker, serah kat wife aku… Pandailah dia kasi tidur….. Kalau aku lebih pada Melly…. Tapi sekarang dia pun dah besar dan banyak cakap betul budak tu sekarang…. Nakal pun makin bertambah…..
Macam tulah kehidupan aku sekarang ni… Melayan dan menjaga semua ahli keluarga aku…. Kadang2 tu tak tercapai dengan kemampuan fizikal dan akal aku…. Itulah lumrah kehidupan yang perlu aku tempuhi…