Tahun ini berbeza sedikit dari tahun2 yang lepas… Sebab tahun ini Hari Bapa aku tanpa bapa/abah… Tapi Alhamdulillah, ada juga hadiah yang dapat aku serahkan untuk Arwah Abah aku semalam….. Semalam juga pusara abah aku dipasang Kepuk dan Batu Nesan….

Ianya sebagai hadiah untuk abah aku tahun ini…. Sebuah rumah untuknye….. Awal pagi lagi aku dah bersedia untuk menerima call dari orang yang pasang Kepuk dan Nesan…. Janji pada pukul 12.30 tengahari…. Tapi manalah tahu kalau2 dia datang awal…. So, pukul 11.40 pagi aku dah bertolak ke tanah perkuburan….

Inilah hadiah untuk arwah abah aku tahun ini…. Hadiah yang amat bermakna untuk aku dan keluarga… Rumah sementara sebelum sampai akhir zaman….

Batu nesan yang telah pun ditempah namanye… Tapi terdapat kesilapan iaitu sepatutnye bukannye dari jenis yang ini…. Yang ini jenis nama yang dicetak dan ditampal dengan kaca…. Yang aku order jenis yang diukir menggunakan komputer pada batu… Kesilapan pada orang yang mengambil tempahan sebenarnye… So tokeynye dah pun order yang baru seperti yang telah aku minta tempohari…. Dalam beberapa hari nanti batu nesan arwah abah aku akan ditukar pada yang baru…. Buat masa sekarang, batu nesan ini dipakai dahulu…..

Ini adalah cara2 pemasangan Kepuk dan Batu Nesan tersebut… Mula2 pemasangan slab @ lantai dahulu… Semuanye pasang siap…. Sebelum itu, tanah pusara abah aku dicangkul keluar dahulu sedikit….

Kemudian barulah dipasangkan dindingnye….

Semuanye dipasang dengan cermat oleh brader ni… Dia datang sorang jer hari ni…. Yang berdiri sebelah kanan tu adalah abang ipar aku, Abang Din….

Bila dah pasang semuanye, tanah akan dibawa masuk untuk memenuhkan ruang kepuk tersebut sepadat yang boleh…. Kalau dilihat masih terdapat lubang2 dinding… Jangan risau semuanye itu akan ditouch-up dengan simen putih dan ia takkan bergerak lagi…. Bila tanah kubur dah dipenuhkan, barulah ditaburkan di atasnye batu putih…..

Aku menemankan brader ni buat kerja…. Walhal punyalah panas time tu…. Kesian pulak aku tengok, tu yang layan berborak dengan brader tu…. Sebelum batu putih tu ditabur, alignment untuk batu nesan dibuat dahulu untuk bagi tegak dan center sepenuhnye….

Yang ini adalah kerja2 touch-up lubang2 yang ada dan melekatkan join2 yang ada….. Mak aku minta pokok bunga yang sebelum ini berada di atas pusara abah aku ditanamkan semula di atas pusara abah aku….

Alhamdulillah, pukul 1.15 petang dah siap dah Kepuk dan batu Nesan arwah abah aku…. Sangat2 puas hati dengan hasil kerja brader ni… Sebenarnye dia juga adalah tokey…. Siap bagi jaminan lagi, kalau senget ker, pecah ker nanti, boleh panggil dia balik…. Nanti dia akan betulkan semula….. Tapi beberapa hari nanti pun dia akan datang semula untuk menukar batu nesan yang baru…. Dia akan check semula kepuk tu nanti….

Alhamdulillah dah berumah dah pusara arwah abah aku…. Mak aku senang sangat hatinye bila dah pasang….. Aku sendiri pun terasa puas, maklumlah setelah bersusah payah menguruskan abah aku ketika sakit dahulu, bila dah terpasangnye Kepuk dan Batu Nesan ni, terasa satu kepuasan sebenarnye…. Terasa terlangsai sudah hutang pada abah aku…. Selesai sudah satu step…. Tinggal nak buat kenduri jer lagi pada 9 Julai ni….. Tapi tanggungjawab sebagai anak masih belum selesai sebenarnye….
Petang tu pukul 5.30 petang, aku dan mak aku seperti biasa akan melawat pusara arwah abah aku sambil baca Surah Yaasin dan juga membersihkan sedikit kawasan pusara setelah kerja2 pemasangan dibuat tengahari tadi…. 
Buat arwah abah aku, Haji Zainal Bin Haji Osman hanya ini sahaja yang dapat aku sediakan di dunia ini, moga abah diletakkan dikalangan orang2 yang beriman dan menjadi salah seorang ahli syurga…. Berehatlah setenang2nye, setelah lama menanggung sakit….. Insyaallah kalau diizinkan oleh Allah SWT, kita akan bertemu juga kelak…. SELAMAT HARI BAPA…… AL-FATIHAH…..