Tak sanggup nak tengok betul semalam…. Pagi2 lagi dah accident…. Berlaku di hadapan office aku…. Kebetulan kereta aku memang park kat depan tempat kejadian…. Adalah dalam 10 minit aku sampai kat office… Lepak kat dalam kereta dulu sementara banyak lagi masa… Tiba2 jer, terdengar bunyi brek kereta dan bunyi dentuman… Allah Huakbar… Dah accident dah…… Yang ngerinye bila aku toleh nampak helmet motor untuk budak kecik…. Terkejut betul aku… Aku cuma boleh pandang dalam kereta jer… Tak terkata aku….

Rupa2nye helmetnye sahaja, takde budak pun… Alhamdulillah…. Accident antara kereta Perodua Viva dengan motor… Kalau ikutkan kesalahan tercetus oleh penunggang motor tu sendiri… Dia nak masuk simpang yang pihak Polis dah halang dengan cone…. Tapi dia nak masuk juga tanpa memberikan lampu isyarat… Mesti berhenti secara tiba2, dan pastinye tak sempat nak dielak dek kereta Viva tu…. Yang aku nampak dari jauh ada orang terbaring atas jalan… Nasib baik jugalah tak digelek oleh kenderaan lain…. 

Alhamdullillah takde siapa yang mengalami kecederaan yang teruk… Cuma penunggang motor tu kot sakit2 badan sebab terhumban ke jalan raya… Dan dia pun dah boleh bangun sendiri serta duduk atas motor dia…. Motor rosak sikit… Tapi kereta Viva tu dah tersenyum lebar sedidkit dari asal…. Pagi tu agak teruk kesesakan akibat accident tersebut…. 
So bagi mereka yang menggunakan jalan raya di Malaysia, aku harap korang patuhi undang2 dan yang pentingnye tumpukan perhatian 100% ketika memandu… Kadang2 tu bukan datangnye dari kesalahan yang dilakukan oleh kita, tetapi kecuaian dari pemandu lain… Tu yang betul naya tu…. Aku doakan setiap perjalanan korang dan aku juga dalam keadaan lancar lepas ni…. Insya-Allah….