Kalau kat Damansara ni, bila ada movie yang boxoffice macam Transformers janganlah nak berangan nak beratur dekat kaunter beli tiket…. Dah sure tak dapat punya, kalau ada pun mesti seat yang depan2….   So betterlah booking cara online terus…. Itulah kaedah aku kalau nak tengok wayang…. Lagi2 kalau awal2 minggu tayangannye….. 

Minggu ni aku tak ke mana2, wife aku balik Ipoh dengan kakak ipar aku… Aku ada kerja sikit dan nak repair kereta, so malaslah nak ikut… Disebabkan aku membujang minggu ni, tu yang minta wife aku booking tiket tengok Transformers untuk kali ke-2 tu sebelum dia balik Ipoh hari Sabtu pagi…. Nasib baik ada, seat pun cantik sangat… Lepas jer booking, beberapa saat lepas tu bila nak tambah 1 lagi tiket, dah terus penuh dah… Habis terus…. Rezeki aku rupanye… 
Bila booking online ni, tiket kena ambil 1 jam awal… Kalau lambat, booking kita tadi batal dan open untuk orang lain… Macam aku takde masalah sangat sebab rumah dekat jer dengan Cinelasure ni… Dan yang bestnye kita tak perlu beratur panjang seperti orang lain… Ada kaunter khas untuk mereka yang booking online… Gambar di atas semasa nak beratur beli popcorn dan air… Punyalah ramai orang…
Yang ini pulak gambar aku rakam selesai sahaja habis tayangan… Orang berpusu nak balik…. Siap beratur tu nak turun eskelator…. Tak pernah aku tengok seramai ini umat manusia… Sekali tengok macam diaorang nak beli tiket pulak.. Padahal nak balik jer tu… Ishh2… 
Lepas ni nak try lagi dapatkan tiket untuk hujung minggu depan pulak…