Ingat tak entry baru2 ni tentang JJCK aku di Kajang Utama…. Sebenarnye aku yang ajak family aku makan kat sana…. Kebetulan time tu, mak aku nak melawat saudara aku yang sedang sakit di Kota Warisan di Sepang…. Dah alang2 di sana, tu yang terus ke Kajang tu….

Tempat makan tersebut adalah kepunyaan sepupu mak aku…. Aku dengan mak aku dah beberapa kali dah datang dalam bulan ni… Hari tu bawa family nurse yang menguruskan arwah abah aku…. Tak terbalas sebenarnye jasa yang dia berikan kat abah aku selama ini…..

Satu lagi tujuan sebenarnye adalah untuk membanyakkan aktiviti emak aku sejak arwah abah aku meninggal…. Taknak dia dalam keadaan termenung dan teringat2 sangat kat arwah suaminye…. Tu yang aku selalu bawa ke tempat yang dia suka pergi…. Salah satunye adalah tempat inilah, Warung Z….

Adik aku Anor tak sudah2 dengan peacenye kat sebelah mak aku….

Yang ini pulak family adik aku Azu… Alhamdulillah kesihatan adik aku semakin baik dari sehari ke sehari…. Dah boleh jalan jauh dan makan seperti biasa…. Pantang tetap pantang….

Yang ini pulak musuh2 ketat…. Time baik, baik… Time gaduh, uisshhh malas nak dengar… dua2 kena dengan aku…. Suka sangat menyakat diaorang ni…. Yang Melly pun tak padan2….

Inilah dia mak aku, Hajah Mobimah Binti Abu Bakar….

Yang ni pulak mak Melly, pantang tengok kamera….

Yang inilah dia sepupu mak aku…. Kak Long Nurmala…. Yang tengah didukung tu, adik Melly, Raja Harris a.k.a Raja Kecik…. Suka senyum orangnye….

Sibuk dengan apa yang pakngahnye makan atau minum…. Ambik engko, sakit perut lantaklah…

Bila tak bagi, dia punya renung….. Time ni aku minum air jelly kelapa… Sedap giler… Macam minum air kelapa sebenar…. Raja kecik siap berbunyi2 mulutnye nak…. So bagi mereka yang nak mencuba Mee Bandung Muar yang original atau lain2 menu yang aku paparkan, bolehlah datang ke Kajang Utama ini… Warung Z di hadapan Sekolah Kebangsaan Kajang Utama….