Durian… Ohhh…. Durian…..!!!! Macam tulah hampir setiap tahun…. Bila sampai jer musim, aku akan tunggu jer… Pasti durian akan datang ke aku…. Makan free jer…. Tak payah bayar…. 

Makngah aku dari Melaka pasti datang menghantar kalau ada musim dan jika buah durian menjadi…. Tapi hampir setiap tahun dia pasti datang hantar ke aku…. Biasanye bila sampai jer depan rumah mak aku, dia mesti cakap “Amboi…!!! Senyum sampai ke telinga dak ni….”… Satu bonet kereta penuh aku akan dapat…. Dari jenis D24… 

Sebab tu kalau ada orang jual tepi2 jalan, aku tak berapa nak hairan sebab durian dari makngah aku di Melaka adalah nombor 1…. Besar2 pulak tu…. Memang puas makan punya…..

Ni baru sebahagian, ada lagi yang sedang dipunggah masuk…. Durian kat dusun tak habis, bukan sikit2 buah kalau tahun tu menjadi…. Terima kasih makngah sebab rajin benar menghantarnye untuk aku dan mak aku hampir setiap tahun…. Kadang2 tu siap hantar durian kat rumah aku di Damansara lagi…. 
Ingat nanti kalau ada rezei aku nak buat gathering dengan blogger2 aku di dusun makngah aku, aku kasi korang makan durian puas2…. Insyaallah…..