Tanggal 9 Julai 2011 (Sabtu) hari tu, rumah mak aku mengadakan kenduri Tahlil dan Doa Selamat untuk arwah abah (100 hari) dan juga untuk adik-beradik aku…. Alhamdulillah kenduri tersebut berjalan dengan sangat lancar…. Ramai sungguh yang datang untuk kenduri tersebut…. Kebanyakkannye dari rakan2 masjid, kawsan perumahan dan juga saudara mara area Lembah Klang…. Yang dari Melaka pun ada datang… Sangat2 bersyukur….

Mulanye jemputan sekadar 80 orang jer…. Takdelah nak buat besar2an… Tapi yang hadir hampir 130 orang…. Nasib baik menu malam tu aku order lebih dan memang dah biasa dengan tokey katering yang akan buat lebih dari jumlah sepatutnye dan ada jer yang disedekahkan oleh katering tersebut…. Walaupun jemputan ramai dan luar jangkaan, masih ada lagi lauk pauk yang boleh dibungkuskan untuk saudara jauh….
Mula2 tu aku agak panik juga bila tengok orang ramai datang…. Penuh 2 buah rumah mak aku…. Itulah penghargaan terakhir rakan2 dan saudara mara untuk Arwah Abah…. Rezeki abah aku sebenarnye…. Sepanjang hayat Arwah Abah aku, beliau tak pernah ganggu orang, tak pernah nak bermusuhan dengan orang dan beliau tak suka dengan perkara2 macam tu… Sebab tulah ramai kawan dan ramai juga kawan2 yang membantu bila ada masalah….
Selesai sahaja doa terakhir dari Imam, aku selaku tuan rumah dan ketua keluarga memberikan sedikit ucapan penghargaan kepada yang hadir dan juga kepada mereka yang banyak membantu dalam menguruskan Arwah Abah aku semasa sakitnye hinggalah akhir hayatnye tempohari….. Agak emosional juga aku semasa memberikan ucapan sebab sayu di hati bila melihat rakan2 arwah berada di dalam rumah tanpa arwah abah aku sebenarnye….

Yang ini adalah mak dan bapa mertua aku dari Ipoh… Sanggup datang ke kenduri… Dan yang paling kanan sekali tu adalah Kak Long aku dari kajang… Alaaa yang ada Warung Z (Mee Bandung Muar & Tauhu Bakar) dalam entry JJCK aku hari tu…. Untuk kenduri Arwah Abah aku ni, dia sanggup tutup kedai semata2 untuk hadiri kenduri tersebut… Sangat2 aku hargai….

Ini semuanye family Kak Long aku dari Akajang tu… Diaorang yang antara yang terakhir balik… So, memang rezeki diaoranglah sebab aku hidangkan durian dari Melaka….

Mana dapat durian tersebut…??? Makngah aku dari Melaka datang petang tadi singgah hantar durian dari kebun Melaka satu bonet kereta… Tapi tak dapat nak join sebab ada hal lain… Datang semata2 nak hantar durian pada aku dan mak aku… Hehehehe… Terima kasih Makngah….

Dalam sibuk2 orang lain makan durian, anak buah aku Raja Kecik pun sibuklah nak makan juga…. Dia pantang tengok orang lain makan, mesti dia nak juga…. Padahal maknye tengah suapkan makan untuk dia tu….
Durian dari jenis D24 dan durian kampung…. Di import jauh dari Melaka….

Dah dapat rasa buah durian mulah senyum….

Tapi budak ni yang paling kecoh malam tu… Dia jadi pengurusi majlis untuk kanak2…. Ramai kawan2 so dialah yang jadi ketuanye…. Berpeluh2….. Last2 dia yang paling awal tidur, pukul 10.30 dah pengsan…. Dah habis tenaga sebenarnye…. Ambik engko….

Inilah tokey Warung Z tempohari… Antara saudara aku yang sangat2 rapat dengan Arwah Abah aku…. Susah senang bersama….. Terima kasih Abang Long sebab datang dan sanggup tutup warung untuk malam tu….  Nanti kitaorang datang warung yer…. 
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Illahi sebab melancarkan perjalanan kenduri Arwah Abah aku pada malam tu…. Tiada cata cela langsung dan semuanye lancar….