Lebih 100 hari Arwah Abah aku meninggalkan aku sekeluarga… Termasuklah menantu perempuan tunggal beliau seorang ni… Terasa kerinduan bila melihat wajahnye…. Semasa hayat arwah, menantu inilah yang dipuji oleh arwah abah dan menantu ni jugalah yang bertungkus lumus menguruskan arwah abah aku dan menantu inilah yang sangat memahami situasi family aku ketika itu…

Semalam selepas balik dari Pasar Ramadhan, aku terus bawa wife aku ke pusara arwah abah aku… Lama dia tak berjumpa dengan arwah…. So petang tu terpahat di wajahnye rasa rindu akan bapa mertuanye yang dah tiada….

Syukur aku ke hadrat Ilahi kerana dianugerakan seorang isteri yang sangat2 memahami situasi aku dan family…. Jasa mu amat aku hargai dan aku sanjungi… Tak semua boleh buat seperti wife aku buat…. Hanya mereka yang telah mengharungi sahaja yang faham hakikat sebuah kehidupan seperti aku….
Advertisements