Salam Sabtu dan Salam Ramadhan…. 2 hari lepas aku mendapat tahu satu berita yang mengejutkan aku iaitu tentang pemergian ke Rahmatullah seorang lagi insan yang banyak berjasa dengan family aku dan terutamanye Arwah Abah aku iaitu anak angkat abah aku Syafik….
Budak dalam yang berada di sebelah kanan gambar yang aku maksudkan…. Mereka ni student praktikal di Hospital Banting dulu dan selalu ditugaskan untuk menguruskan Arwah Abah aku semasa di wad…. Mereka memang berdedikasi dan tak seperti student2 lain…. Sehingga Arwah Abah aku dah keluar wad pun mereka minta kebenaran dari lecturer mereka untuk datang menguruskan Arwah Abah aku dari segi mandi dan dressing abah aku…. Inilah sahaja gambar yang aku ada dalam simpanan…. 
Syafik ni berasal dari Johor, umur baru 20-an dan meninggalnye beliau kerana menghidapi Kanser Tulang… Pada akhir hayatnye sempat juga beliau menelefon mak aku menyatakannye sendiri bahawa dia sekarang pada tahap ke-4…. Dan seminggu sebelum beliau meninggal, sekali lagi dia menelefon emak aku dan memberitahu yang beliau sangat rindu dengan emak aku…. 
Dan yang terkilannye sepatutnye mak aku telah bercadang untuk melawatnye di Johor, tapi apakan daya umurnye tak panjang… Itu pun setelah diberitahu oleh kawannye kepada mak aku bahawa dia telahpun meninggal… Patutlah mak aku call tak berjawab2 dan susah sangat nak dapat.. 
Moga semua budi dan baktinye dengan family aku dapat pahala yang setimpalnye dan aku doakan moga roh beliau berada di kalangan ahli Syurga…. Al-Fatihah buat Arwah Abah aku dan Arwah Syafik….😦