Alhamdulillah… Hari ni merupakan hari kelahiran mak aku yang ke-60 tahun…. Hajah Mobimah Bte Abu Bakar…. Selamat Hari Jadi Mak….!!!! Terima kasih sebab membesarkan anak mu sehingga sekarang…. Dah tiba masa untuk aku pulak menjaganye…. Ketibaan hari jadi beliau tahun ni agak berlainan kerana tahun ini menyambutnye tanpa suami tersayang…. Terlampau banyak jasa dan pengorbanan mak aku dalam kehidupan family aku…. 
Pernah bertarung melawan penyakit di ICU ketika dulu, berkorban tenaga menjaga arwah abah aku tanpa mengenal erti penat dan lelah…. Tidur tak cukup, makan tak menentu, kesihatan tak terjaga demi menguruskan arwah abah aku…. Terima kasih mak kerana pengorbanan tersebut, hanya Allah yang akan membalas segala yang telah dilakukan….
Apa2 pun Selamat Hari Jadi Ke-60 Tahun sekali lagi dan aku sayang sangat kat Mak aku….