Hujung minggu lepas, aku sekeluarga balik ke Damansara… Tujuannye adalah untuk menyambut hari lahir mak aku yang ke-60 sebenarnye…. Mula2 tu mak aku sangat berat untuk meninggalkan rumah… Pujuk punya pujuk akhirnye bersetuju juga untuk ke rumah aku…..

Inilah barisan family aku untuk tahun ini semasa menyambut hari lahir mak aku dan juga berbuka bersama di rumah aku….
Berdiri dari kiri : Chilabaey, Intan (anak buah no.1), Iena (wife aku), Azu (adik aku no.3 @ mak Melly), Afiq (bakal menantu cucu mak aku @ pakwe Intan) dan Abang Din (abang ipar)…
Duduk dari kiri : Anor (adik aku no.4), Melly (anak buah no.3), birthday mak (mak akulah), Kak Ina (kakak aku no.1) dan Harris a.k.a Raja Kecik (anak buah no.4)…
Yang takde : Izzat (anak buah no.2 – kat Philipene belajar Pilot) dan Iskandar (adik ipar – ada kerja, sempat hantar wakil jer…)
Inilah yang berlaku minggu lepas :

Macam biasa Melly akan lebih excited berbanding orang yang sambut harijadi…. Siap bawak topi happy birthday lagi dari rumah….

Yang ni pulak Intan yang terlebih excited untuk makan malam tu…. Walaupundatang kelangkabut dari booth jualan pakaian online dia di Rasta, TTDI…. Namanye boss, so senang2 lah lari berbuka kat rumah aku….

Yang ini pulak abang ipar aku tengah mendukung Raja Kecik…. Siap pakai topi happy birthday lagi…. Tapi beberapa saat jerlah… Dicampaknye…..

Mak dan keknye…. Adik aku Azu sponser sebelum sampai rumah aku…. Aku tak sempat nak beli sebab sibuk nak ambik lauk yang diorder di Groupbase Restaurant, Sri Damansara…. Lauknye : Butter Prawn, Creamy Butter Prawn, Sayur Campur, Kung Pow Chicken dan Air Kedondong Asam Boi….

Masa tiup lilin, Melly yang lebihnye… Hehehehehe…. Macam dia punya birthday pulak….

Macam biasa hantu2 lilin memang banyak berkeliaran dalam rumah aku kalau time2 macam ni…. Hehehehehe….

Sibuk mengeluarkan lilin dari kek dan sibuk mengeluarkan buah anggur untuk dimasukkan ke dalam mulut….

Lepas tu sibuk nak potong kek dengan Wan a.k.a Mak nye…..

Kalau bab bergambar serahkan pada Melly….

Yang ni bertugas sebagai pemotong kek untuk diagih2kan pada setiap jemputan…. Hehehehe…

Masing2 tengah menunggu kek masing2…. Melly dah makan dulu dah….

Melly. mak aku dan kakak aku….

Yang ni geng bas kilang…. Aku, wife aku, Intan dan adik aku…. Afiq, sorry gambar hang separuh jer…

Yang ni pulak hero rumah aku sekarang…. Raja Kecik yang semakin membesar dan nakal…. Nampak tak, ada hantu lilin lagi kat belakang aku tu…. Hehehehehe….

Hur-hara rumah aku kalau anak2 buah aku datang…. Time ni Intan dan Afiq dah nak bertolak balik ke booth diaorang…. Biasalah perut dah kenyang, angkat kakilah…. 

Dalam sibuk2 kitaorang malam tu, ada yang lagi sibuk sebenarnye… Ni dia budaknye, boleh pulak dia merangkak masuk bawah meja…. Baru nak belajar merangkak, tu yang sekejap jer sampainye tu…. So macam tulah aktiviti hujung minggu aku….  Ahad tu ajak mak aku bershopping kat Ikano, IKEA, Cinelasure dan The Curve…. Balik jer rumah, mak aku terus pengsan kepenatan….