Ini baru separuh sebenarnye…. Ada tambahan lagi…. Macam nilah kalau dah lama sangat tak jumpa member2 lama… Ini story mory aku minggu lepas…. Hari Jumaat tu boss aku ada buat majlis berbuka puasa di rumahnye di Kota Kemuning…. So, settle majlis tersebut aku dah ada satu lagi agenda… Agenda untuk lelaki dah berkahwin buat2 bujang…. Hehehehehe….
Memang dah pakat dengan member2 aku ni sejak beberapa hari sebelum tu… Jadi kitaorang berkumpullah di area Klang jer… Lepak pun dekat restoran Tom Yam…. Berjumpanye dekat pukul 9.45 malam… Borak punya borak, air dah makin bertambah…. Kejap sejuk, kejap panas…. Macam2 yang diperdebatkan kalau dah lama tak jumpa…. Lastly, sedar2 dah dekat pukul 4.00 pagi…. Nah ambik engko…. Time tulah baru nak order makan…. Kiranye bersahur teruslah….

Inilah member Bert, geng memanjat gunung aku…. Dah lama tak memanjat ni… badan dah lembik dah… Mungkin kitaorang nak jadualkan balik aktiviti kitaorang lepas raya ni….

Yang ni pulak member projek part time aku Firdaus…. Kalau korang baca entry2 aku sebelum ni mungkin korang kenal…. Ini pun tak sedar yang status dah berkahwin… Lupa bini masing2…. Hehehehe….
Selesai jer makan bersahur… Masing2 gerak balik… Aku balik Damansara…. Bert balik Klang ajer… Dan Firdaus balik Subang…. Mungkin lepas raya kitaorang akan lepak membujang lagi….