Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan semua my followers…. Kalau dalam minggu raya ni, macam biasalah blog pasti akan terabai…. Masing2 sibuk bercuti dan berayalah katakan…. Samalah pada aku… Hehehehe…. Macam aku tahun ni, raya agak suram jugalah…. Tapi aku cuba alih2kan dengan membanyakkan aktiviti menjelang raya….

Mungkin korang dah sibuk bercerita tentang raya korang kat blog2 korang, tapi aku juga tak mahu ketinggalan…. Tapi aku akan bercerita 7 hari sebelum raya dan 7 hari selepas raya, boleh…. So, aku akan cerita satu persatu….
Dan untuk entry ‘7 Sebelum & 7 Selepas Raya’ yang pertama, kisah memborong kerepek untuk raya…. Tahun ni paling banyak aku memborong kerepek2 dari kilang pembuatan makanan ringan di Banting…. Maklumlah, duduk di kampung orang Jawa…. Jadinye sumber2 macam ni banyak dan senanglah nak dapat…. 

Beli banyak pun bukan untuk rumah sendiri jer, aku belikan untuk sedekahkan kat family mertua dan juga untuk family aku…. Aku dah malas dah nak beli sangat kuih2 raya yang pelbagai rupa… Rasanye sama jer…. Dan kalau dah biasa tengok orang datang rumah, mesti diaorang usik makanan yang kering2 jer…. Kuih2 ni kurang sikit… Silap2 sampai raya haji, kuih raya masih ada lagi… Betul tak…???
So tahun ni aku borong kerepek2 dan makanan ringan industri kampung jer…. Tapi tahun ni, kebanyakkan makanan2 kampung ni banyak yang dah habis… Dan sebab habis, ramai pemborong dari luar datang memborong dan bahan utama seperti pisang, ubi, keledek dan lain2 habis…. Maknanye bahan utama kehabisan sumber di dalam Daerah Kuala Langat ni… Dahsyat…..!!!! Oklah itu sahaja mukadimah untuk entry ‘7 Hari Sebelum & 7 Hari Selepas Raya’ aku kali ni….