Bersambung lagi entry ‘7 Hari Sebelum & 7 Hari Selepas Raya’  aku kali ini…. Kali ini 3 hari lagi dah nak raya…. Malam tu tak tahu nak makan apa untuk bersahur sebenarnye… Pakat dengan wife aku untuk makan luar…. Teringin makan yang panas2… 
Dan kebetulan malam tu aku dengan wife nak settlekan urusan bank kat Uptown Damansara, settle sebelum duit habis terpakai…. Teringat pulak ada restoran tomyam kat area situ… So bersahurlah aku dengan wife aku… Tak lama kemudian adikipar aku call nak join sekali sebab malam tu dia nak tidur rumah….
Menu sahur aku malam tu adalah : Tom Yam Putih, Nasi Putih dan Telur Dadar… Yang bestnye kat sini, tomyamnye ada macam2 dalamnye… Ada Sotong besar, udang, ayam dan isi ikan… Rasa mebeles….

Yang ini menu tambahan wife aku : Kailan Ikan Masin…

Yang ini hidangan sahur wife aku : Paprik Campur, Nasi Putih dan Telur Dadar….

Yang ini pencuci mulut aku : Bubur Jagung dengan Sagu…

Manakala menu adik ipar aku pulak : Nasi Goreng Ikan Manis dan Telur Mata….

Lupa pulak, minuman yang kitaorang pesan adalah : Air Asam Jawa (aku punya, nak jaga suaralah katakan… hakkk tuiii…), Fresh Orange (wife aku) dan Air Epal Hijau untuk adik ipar aku EE…
Settle makan terus ke kedai DVD cari movie baru…. Boleh layan seketul dua malam nanti…